06 December 2010

Nasib Baik Datang Bulan, Kalau Tidak Pasti Perempuan Ni Jadi Mangsa Rogol


Gara-gara cuba menyembunyikan kesalahan kekasihnya yang minum arak daripada pengetahuan keluarga, seorang wanita berusia 24 tahun nyaris dirogol abang teman lelakinya itu di sebuah hotel bajet di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.  

Teman lelakinya yang mendakwa tertekan dengan pekerjaannya minum arak kononnya untuk mengurangkan tekanannya itu. Walaupun mangsa berulang kali melarangnya, lelaki terbabit berkeras untuk minum minuman beralkohol itu.

Selepas menceritakan masalah kepada mangsa, teman lelaki wanita terbabit mendakwa tidak mampu untuk memandu pulang ke rumahnya kerana terlalu mabuk selain bimbang perbuatannya diketahui keluarga. Teman lelakinya itu menghubungi abangnya berusia awal 30-an untuk mencari penyelesaian. Sebaik suspek tiba, dia mencadangkan adiknya yang mabuk itu bermalam di hotel bagi mengelakkan perbuatannya diketahui ibu bapa mereka.

Sebaik memperoleh bilik penginapan, mangsa membawa teman lelakinya itu ke dalam bilik diikuti suspek. Teman lelaki wanita terbabit yang terlalu mabuk tertidur sebaik tiba di bilik hotel berkenaan. Mangsa yang hendak pulang ke rumah bagaimanapun dihalang suspek. Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Bagaimanapun, suspek berubah fikiran apabila mengetahui teman wanita adiknya itu datang bulan sebelum memaksanya melakukan onani.

Setelah dinasihati oleh keluarganya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.



P/s: Waseh lelaki ni, girlfriend adik pun mo bantai, ish ish ish, menjijikkan, yikes!

14 Sweet Roses!:

whoaa..

orang mabuk boleh berfikir dengan betol atau cerita ni ditokok tambah

hahaha

Nasib baik la kan.. tp ada tu urg yg gila yg nda peduli period ka nda tatap kena rogol!

Apa punya abang.. Geli geleman satu badan!

ngaa~ lau adik mamat dak pmpuan 2, dh makan tangan dh dak laki 2.. huu~
zura, lame x nmpak ?? bz keje kha :p ?

@- koroe -~Hehehe, yang mabuk tu bf si mangsa, then bila bf dia dah tidur, abg bf si mangsa cuba mo rogol dia, hehehe.

@Ifa Zafrah~Jijik kan? Pandai mengambil kesempatan pula lelaki gila seks tu.

@Muhamad Nor @ Mamat @ Putra~Holla Mamat, a'ah busy skit dengan keja, ekekeke, lama tak update blog.

Jangankan makan tangan, makan kaki pun boleh. Pandai2 ikut lelaki.

apa da.. awek adik sendiri pun mau kebas. celaka punya abang

Apa punya manusia lah kan...
Gf adik sendiri pun mau tibai...

@Sumandak Kinabalu~Itu la bah kalau nafsu kuda ni, sembarang orang jak dia mau bantai, mulau gia.

@Catherine-~Ya bah, nda bulih percaya owh, biarpun keluarga bf kita sendiri, huhuu.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More