06 December 2010

Keranda Bergantung Di Sagada, Filipina




Pernah nampak tak keranda bergantung macam ni? Inilah keranda bergantung yang terdapat di Sagada, Filipina. Ini merupakan tradisi masyarakat setempat disana. 

Walaupun belum ada bukti yang pasti, ada diantara penduduk disini percaya bahawa, semakin tinggi keranda itu digantung, maka semakin dekatlah si mati dengan syurga. Tempat ini juga dikatakan mampu melindungi mayat si mati daripada rosak akibat bencana alam seperti gempa bumi dan banjir.

Mayat terlebih dahulu diasapkan supaya mampu bertahan sepanjang upacara pengebumian yang biasanya berlangsung selama 5 hari. Mayat kemudiannya dipaksa masuk ke dalam keranda sehingga terdapat bunyi tulang patah. 

Cara mereka menaikkan keranda ke tebing bukit itu masih menjadi tanda tanya. Ada teori yang mengatakan, mereka menggunakan tali untuk menurunkan keranda dari puncak bukit, ada juga yang mengatakan bahawa, mereka menggunakan rangka2 kayu untuk mengangkat keranda ke tebing bukit itu. 



8 Sweet Roses!:

Ada saya nampak nie di Discovery Channel...
Unik dan misteri...

@Sumandak Kinabalu~Hairan juga kan, mcm mana dorang kasi naik di tebing bukit tu, ish ish ish.

macam2 ada dalam dunia ni kan... pelik juga budaya diaorg ni

@munna~A'ah kan, pelik betul, ada juga pelancong curi tulang2 tu, buat cenderamata, sebab tempat tu terpencil, orang curi tulang tiada yang tahu juga, ish berani betul, huhuhu.

hola bette ;).. ase nye ade cter sal keranda nie kt majalah 3.. care org 2 naikkan keranda 2, lam 3 org akan panjat bukit 2,dia org panjat gne tangge buluh.. 3 org nie akan bawa keranda nie kt belakang die org.. agak risiko.. hehe.. macam2 budaya manusia nie :)

@Muhamad Nor @ Mamat @ Putra~Owh begitu rupanya, hehehe, thanks ah Mamat sudi kongsi info, ekekeke! Barulah saya faham, ekekeke!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More