02 November 2010

Tetap Cinta Sampai Menutup Mata

Credit gambar: yoursmineours
Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh. Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah. Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ. Kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri. Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat. Biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri. 

Selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga. Adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya. 



P/s: Sedihnya, si suami sanggup berkorban untuk isterinya. Jarang nampak kes macam ni, kecuali dalam filem jak, huhuhu. Kesian pula. Satu jak lebah sengat pun sakit, inikan pula beribu. Salam takziah. Bestnya kalau dapat husband macam ni kan? Sanggup berkorban demi cinta. Saya harap satu hari nanti saya dapat jumpa lelaki macam ni. Biarpun saya tidak ada harta, biarpun saya tidak cantik, dia akan tetap mencintai saya, sampai bila-bila.

18 Sweet Roses!:

macam gua la kan..ngan lisa surihani..susah nak dapat laki cam gua kan..menyanyangi lisa sampai gua tutup mata..pastuh celik balik..hahah

@one2paii~Waarghhhhh, ekekeke, yelah tu, kalau macam tu kirim salam dengan Lisa Surihani ye, ekekeke!

sedih nya.. skang mmg jarang tgk orang tue bercinta mcm nie.. hhuhu.. like my shayang parents.. klu lah boleh jmpa pasangan hidup mcm nie.. mmg indah dunia.. hehehe

@StellaClaire-Richard~Ya bah Stella, sa baca tu paper pun macam mau kluar airmata sa owh... :'(

@Lizzie Yasmin~Mudah2anlah kita semua pasangan hidup yg setia macam si suami, hehehe... :)

sedey incek liquid bace uhu ni betul2 pengorbanan ni....

@Liquid~Zura pun sedih baca ni, huhuhuh! :'(

walaupun tak diluahkan dengan kata-kata, cinta suami pasa isteri hingga kehujung nyawa.. takziah pada keluarganya...
Kuman "tulisan dilangit" Entry

@Cindy Chriselda JC~Sedih kan, takpa, at least dia "pergi" sempat ada dipangkuan isterinya :'(

@Kuman Chaos~Tapi kuman san, bukan semua suami macam tu... Ini satu dalam sejuta ni...

adui sedihnya tu.... mesti isteri arwah terkilan..takziah..

@Fantastic Ajane~Iya kan, tapi takpa, dia mesti hidup dengan baik, sebab husband dia sudah berkorban untuk selamatkan dia. :)

ya ba... harap2 begitu la... duiii... pilu hatiku... hihihi

@Fantastic Ajane~Mudah2anlah kuat semangatnya teruskan hidup biarpun si suami sudah tiada... :'(

tu baru namanya CHENTA~~~hehe

@suichi~Chenta sejati gitu, wink wink... :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More