30 November 2010

Sempat Bagi Kucupan Terakhir Untuk Suami



Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk. 



Kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian. Sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian. Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih. 

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.




P/s: Sedihnya, apa nak buat, ajal dah sampai, mudah-mudahan saja arwah tenang disana. Takziah kepada Hayati sekeluarga. Mudah-mudahan tabah menghadapi hidup akan datang setelah ketiadaan suami tercinta. :'(

12 Sweet Roses!:

Cedey kan bila bc brita nih...Ajal maut semuanya ditangan Tuhan kan....

Sy pun ikut terharu masa tgk ini dalam berita TV3 smlm.

Precious love...

@AdiaLuze~A'ah, tu lah bilang orang, kita patut hargai semua orang yang kita sayang, sebab dalam sekelip mata jak, kita boleh kehilangan orang yang kita sayang. :(

@Wyne @ Mouren Mauve~Kalau sa mungkin sa pengsan owh, memang kagum sa sama perempuan ni. :(

huhu.. azura..wat sy teringat tragedi yang berlaku pd orang yang sy syg :(..6event nie jd thun nie, bulan 5..even dia selamat, tp sy sedih bile dpat taw yang abang dia and mak cik dia meninggal :(.. semua nie ujian Allah.. Along pergi ngan sekelip mate..mak cik lak tenat d icu and menghembuskan nafas terakhirnya.. baru la sy rase cm ne bile org yang kita syg pergi selamanya.. tp sy bersyukur sgt.. cz Allah selamatkan dia.. syukur sgt..:)

@Muhamad Nor @ Mamat @ Putra~Sedih pula saya baca komen ko ni fren, takpalah, semua ni dugaan, yang penting dorang sentiasa ada dalam hati dan dalam ingatn kita. :)

hargailah mereka yg masih ada..apa yg bakal berlaku kita tak tau..even seorg tu nampak sihat, bila2 masa sahaja boleh pergi

@tengkorakemas~Yupp, orang yang kta baru jumpa pun boleh tiba2 tiada, huhuhuhu....

@Muhamad Nor @ Mamat @ Putra~Waseh! Thanks fren, hihihihi, sekarang saya p serbu :)

I feel the wife. Sedih oh.. :(

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More