18 November 2010

Sanggup Jual Anak Untuk Dapatkan Duit Beli Kereta Terpakai? Memang Jahanam!


Gara-gara ingin membeli kereta terpakai, sepasang suami isteri sanggup menjual anak perempuan mereka yang berusia 23 tahun kepada sebuah keluarga yang kemudian menjadikannya hamba seks di pinggir Paris antara tahun 2003 hingga 2006.

Gadis itu, Sabrina, dijual kepada Franck Franoux, 58, dan pasangannya Florence Carrasco, 56, yang kemudiannya mendera dan memaksanya hidup dalam keadaan dirantai dan suasana sekeliling yang menjijikkan. Ada sumber yang menyatakan bahawa kehidupan Sabrina lebih teruk daripada haiwan.

Pasangan terbabit adalah antara lapan lelaki dan enam wanita yang didakwa melakukan kesalahan tidak bertamadun seperti perdagangan manusia, pemerkosaan dan penyeksaan. Perbicaraan kes itu dijangka berakhir 17 Disember depan.



P/s: Teruknya, gara2 mahu beli kereta second-hand, dorang sanggup jual anak dorang???? Apa punya jenis manusia macam ni? Tak layak jadi parents! Begitu rendah nilai anaknya, sampai bagi mereka penting lagi kereta daripada anaknya. Memang jahanam! Tak patut dimaafkan! Semua setan yang terlibat dengan kes perdagangan orang sepatutnya dihukum GANTUNG SAMPAI MATI! Malaysia pun banyak kes macam ni. Haizzz, dunia dunia!

4 Sweet Roses!:

budaya mengatakan harta itu penting. ni la punca mengaburi mata manusia hingga lupa apakah benda yang lebih penting

@Sasa Al-Sharif~Ya bah sasa, anak pun sanggup dijual untuk dapatkan barang yang dorang mahu. :'(

lah, sebab nak beli kereta secondhand ja? gila lah manusia sekarang. -.-'

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More