23 November 2010

Hari Yang Membosankan. Tapi Ada Hal Yang Menggembirakan. :)


Holla semua, sorry lama tak update blog, ekekeke. Busy sikit, lagipun saya habiskan masa update blog saya yang lagi satu, kesian terbiar, penuh sarang semut dan labah2 sudah, hehehe. Beranak-pinak berpuluh-puluh generasi sudah tu.

Hari ni saya happy sangat2, sebab dalam banyak2 orang yang saya bagitau impian saya kan, ada satu orang yang boleh bagi saya semangat untuk teruskan impian saya tu. Biar pun kami tak pernah jumpa, tapi saya dapat rasakan yang fikiran dia ni memang matang. Umur dia pula 3 tahun lebih muda dari saya. Tapi saya kagum juga, sebab dia mampu baca fikiran saya. Hrmmm. Pelik owh.

Mahu tahu apa impian saya? Hrmmm. Saya mahu buka satu ladang ternakan lembu. Kalau boleh saya mahu buat macam ladang lembu + kelapa sawit (amalan perladangan baik) yang saya lawat sewaktu saya praktikal di Jabatan Haiwan. Masalahnya sekarang, saya kena cari modal. Tanah sudah ada. Sebelum ni penat saya tanya sana sini, kumpul maklumat. Tapi still tak berani nak mulakan langkah. Sebab yang saya risaukan, MODAL dan RISIKO

Nasib baik sahabat saya ni, dia ada pengalaman juga dalam bidang macam ni, so ada juga dia bagi nasihat, yang saya patut teruskan impian saya tu, jangan cari alasan untuk tangguh atau buang jauh2 impian saya tu. Saya betul2 tak sangka, dia mampu bagi saya semangat. Bila saya beritahu masalah saya, dia akan bagi cadangan yang paling betul dan ini membuatkan saya rasa sangat dihargai sebagai kawan. 

Tapi saya kesian sangat dengan dia, sebab dia baru saja putus tunang. Tinggal berapa hari lagi kahwin, tunang dia minta putuskan hubungan dan batalkan perkahwinan. Hrmmm. Apa nak buatkan, tiada jodoh. Sedih betul. Mudah2an dia jumpa jodoh yang lebih baik.

Owh ya, kalau kamu ada pengalaman dalam bidang ternakan ni, jangan lupa kongsikan bersama saya ya. Saya nak capai impian saya tu. Supaya saya mampu cari duit lebih untuk sara family saya. Hurray!


P/s: Kalau kamu minat quotes, jom singgah ke "Just Another Blog By Azura", kalau nak kongsikan quotes pun boleh, have fun reading it. :)

8 Sweet Roses!:

Sia pun takut sama MODAL & RISIKO.. but betul la. selagi kita kasi tangguh, nothing happen.. so sia pun dgn berani la ambil risiko start bag bisnes sia. Hrp2 maju la..

Klu bidang penternakan ni.. better intai2 kursus dr jab2 yg berkenaan or MARA ka.. klu sdh join tu kursus, dpt sijil senang sikit apply loan. Ntah la.. sia pun krg pasti actually..

Anyway, gud luck kio.. :D

Wahai Azuralina jolie,
Rasanya tulah kelebihan blogging ni sebab kita dapat berkenalan dengan pelbagai rakan yang dapat memberikan kita idea's dan motivasi serta pengalaman diorang ( tidak kurang jugak yang tak ada guna langsung ) but still blogging is such a wonderful way to express what ever feels we have.
Tapi kan...cerita awk ni ada sikit2 bercampur ala-ala hindustan gitu...macam ada bibit2..ahaksss :-)
Anyway, for me yang tak ada pengetahuan with your line of karier, hopefully awk sentiasa suksess in what ever you do...
Sebelum sy akhiri ucapan ini, terimalah sebuah lagu khas untuk Cik Azuralina jolie kita.
Emmmm tak pelah, nanti hujan pulak.

@Just~Ya bah kan Just, ko pun good luck juga ya, saya doakan ko berjaya juga :)

@jomsantaisekejap~Hahahahaha, kamu ni kan buat saya ketawa terbahak-bahak pagi2 ini bah, aduiiiii, eh kenapa pula nama saya jadi azuralina jolie ni, ekekeke, tak patut tak patut, hahahaha!

P/s: takpalah, teruskan nyanyi ya, sebab sini panas, kalau hujan bagus sikit, ekekeke!

Oooo sy dah buat comparison gambar awk kat header tu dengan angelina jolie.. Bibir awk tu cuma kurang tebal 0.00001 inci je. Sy rasa kalau awk muncungkan sikit lagi bibir awk tu, rasanya kalah angelina jolie...
Tak pun next time, masa ambil gambar say "Muaahhhh"...sure terserlah ketebalan bibir awk:-)

@jomsantaisekejap~Hahahahaha, eh eh, ni bibir ori tau, angelina jolie tu bedah punya, ekekeke!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More