20 November 2010

Gara-gara Dicabar, Ayah Sanggup Buang Anak Perempuan Ke Dalam Air Panas Mendidih!




Budak perempuan berumur 10 bulan dibuang ke dalam air panas yang mendidih. Apa yang lebih menyedihkan, orang yang membuangnya ialah ayah kandungnya sendiri.

Ayah budak perempuan itu, Huang, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dan akhirnya dia bertengkar dengan kekasihnya, Lin yang juga merupakan ibu kepada budak perempuan itu. Lin telah mencabar Huang untuk membuang anak perempuan mereka ke dalam air panas yang sedang mendidih.

Kerana rasa marah dan tercabar, Huang bertindak merampas anak perempuannya yang berada dalam pelukan Lin, sebelum membuangnya ke dalam air panas yang mendidih. Lin yang terkejut dengan segera menarik anak perempuannya keluar, tapi malangnya 90% daripada badan anak perempuannya telah melecur dengan teruk.

Lin cuba menyejukkan badan anaknya dengan air sejuk, tapi ini hanya menambahkan kesakitan kepada anaknya kerana kulitnya mula terkupas. Lin akhirnya pulang ke rumahnya dan keluarganya membawanya ke hospital. Doktor memberitahu, kesakitan yang dialami oleh budak perempuan ini boleh digambarkan seperti dihiris dengan seribu pisau, iaitu 10 kali lebih sakit daripada sakit bersalin.

Polis bergegas ke rumah Huang, dan apabila mereka tiba dirumahnya, Huang sedang memasak mee, dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia akhirnya memberitahu polis bahawa dia tidak bermaksud untuk membuang anaknya ke dalam air panas mendidih itu, dan kononnya dia menyesal dengan apa yang dia lakukan akibat mabuk.


Pada mulanya kesihatan budak perempuan ini menunjukkan peningkatan baik, tapi selepas 3 hari, dia meninggal akibat organnya banyak yang gagal berfungsi.




P/s: Dua-duanya salah. Si ibu salah sebab pandai-pandai cabar si ayah buang anak ke dalam air panas mendidih. Tiada benda lain ka boleh dicabar? Yang si ayah pula lagi salah dan bodoh mahu mampus, sebab berani buang anak ke dalam air panas mendidih. Kenapa anak yang jadi mangsa? Dunia dunia.

19 Sweet Roses!:

isk3 ngeri betolll..... xpatot2....

OMG! Dua dua out of their mind kah tu...
Because of their own ego and stupidity, si anak yang innocent jadi mangsa...
I hope the memory will haunt them forever!

Gilanya la ba tu beliau!! Apa jak la ba dorg dpt klu bgtu bterusan!

bengong btol bapak budak nih. ada ke patut?
Kejam!! Sdgkan binatang pon sayangkn ank. Haih!

@aainies~A'ah kan, sampai hati dia buat mcm tu, pelik pelik.

@Sumandak Kinabalu~Confirm punya, sampai mati pun nda boleh lupa tu, gara2 kebodohan dorang... :(

@kreatifbuzz~Dapat bala, hilang anak, haizzz, dua2nya salah kan?

@.Diyana Abd Rahman.~Tulah pasal, saya baca pun hampir terkeluar organ dalaman, terkejut baca berita ni, geram betul la...

@.Diyana Abd Rahman.~Tulah pasal, saya baca pun hampir terkeluar organ dalaman, terkejut baca berita ni, geram betul la...

ergh. tak boleh bayang betapa sakitnya budak tuh. phewww.

@saff'sWordsKesian kan, doktor dah bagi cadangan dekat mum dia, better cabut life supportnya, tapi mum dia masih berusaha juga, so doktor pun cuba sedaya upaya selamatkan budak ni, tapi apa boleh buat, dah ajal juga :(

tu la punca mabuk. hilang kewarasan. si ibu tu apa pasal la x paham kan orang mabuk dicabar yg bukan2

@Sasa Al-Sharif~Sasa, memang dua2nya salah kan, haizzz, anak yang jadi mangsa keadaan. :(

melampau sgtlah perbuatn tu, sampai anak dia buat macam bahan mainan...tak ada otak! huhu..geram toll..maaf ya tuan blog..huhu

sy rasa sepatutnya si isteri tu cabar si suami supaya dia sendiri masuk dalam kuali panas...
ahhhh mesti confirm dia tak akan masuk punya sebab orang mabuk ni pandai...diorang memang pandai..memang amat pandai. Orang mabuk memang amat pandai dalam hal menyusahkan orang lain tapi tak pulak pada diri sendiri...

@alienelliz~Don't worry, saya sendiri pun geram gak ni, ish minta2 janganlah ada lagi parents yg bodoh mcm ni,

@jomsantaisekejap~Hahahahha, a'ah kan, betul betul betul, dorang hanya pandai susahkan orang, tapi susahkan diri sendiri tak pula, ish ish ish, hahahaa!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More