30 November 2010

Berzina Dengan Kekasih Selepas Menyembunyikan Mayat Isteri Yang Dibunuhnya Dalam Almari Pakaian


Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh, tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009. Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009. Mereka juga merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya. 




P/s: Kejamnya, memang menjijikkanlah lelaki ni, betul2 gila. Kalau gila mahu kahwin pun janganlah membunuh orang. Yang paling menggelikan, dia ada hati lagi buat hubungan seks selepas membunuh, ish ish ish. Pelik pelik.

6 Sweet Roses!:

salam zura.. ini manusia kasi campak
buaya lagi bagus...

kejam gilaa...
mcm teda perasaan tu org..
issshhh

Benci sia ni lelaki!!! Sanggup bunuh bini sendiri yg idup susah senang sama dia (ya ka tu aa?? hahaha) sbb mo begatal sama pompuan lain!! palui!!

@Nur Misnan~Nur, kita belah dua, separuh bagi makan buaya, separuh lagi bagi makan ikan jerung, ekekekeke!

@a d r e y n i e e l i s y a~Mulau kan, nafsu la yang dia ada, perassan hati perut teda, patut dihukum gantung ni.

@Just~Ya bah just, sudah dia bunuh, dia kasi tapuk dalam almari, lepas tu bawa perempuan "berehem-ehem" lagi dibilik yang sama, gila!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More