09 November 2010

Bayi Perempuan Berusia 10 Hari Mati Selepas Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Yang Berputar. Kejamnya!



Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang sedang berputar. Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. 

Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang.

Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis. 




P/s: Kejamnya, kenapa mamanya sanggup buat macam tu ya? Baby tu baru berusia 10 HARI! Dia memang tak mau baby ni ataupun dia kena penyakit meroyan? Manusia sekarang, kalau sudah kejam memang kejamlah, anak pun tidak dilepaskan. RIP Maggie May. 

21 Sweet Roses!:

adoii hancur hatiku baca berita ni :(

kejam nya... agak nya dia mental kot...

BUDUH! PALUI! Kesiannyaaaaaaa!!

@Nur~Sedih kan, petugas keselamatan dan anggota polis pun ikut menangis.

@StellaClaire-Richard~Gila sudah mamanya tu. Sanggup masukkan anak dalam mesin basuh, mulau kopio boh!

@Lizzie Yasmin~Sama ada dia tak mau baby tu ataupun kena penyakit meroyan kan.

@Just~Banyak orang mau baby nda dapat, dia senang2 jak buang dalam mesin basuh, mulau.

@giha lalala~Haizzzz, baby tu sempat hidup 10 hari jak. :'(

saaaakittt tu mama dia..eeee..ndalah aku dapat bayangkan tu azura..adehhh

hah biar betui masuk dalam mesin ....ngeri gila..mama dia memang gila....

@Mama JnJ~Ya bah sis, kejam kejam kejam, mana la terdaya baby tu melawan, kesian.

yang gambar kat atas tu mesin basuh awk ke azura? Macam2 warna ada...
oppsss pasal topik atas tu ye. Memang dah disahkan si lyndsey tu positif meth dan anti-axiety drug yang menyebabkan dia khayal. Cakap pasal maggie may ni, sebenarnya nama maggie may ni famous..merupakan tajuk sebuah lagu, merupakan seorang blogger famous dan paling famous ialah di malaysia iaitu maggi mee...cuma ejaan je yang lain sikit...bunyi dah sama.

@mama qistina~Kesian kan? Macam2 jenis manusia ada sekarang ni, semalam dengar berita pasal anak tetak mak, gara2 salah tuntut ilmu, ish kenapalah ahli keluarga sendiri pun nak ditetak.

@jomsantaisekejap~Maggie mee? Hahahaha, ada2 je la u ni. Owh patutlah mama dia sanggup buang anak dia masuk dalam mesin basuh, rupanya tengah "high" pula, ish ish ish. Maybe dia terlebih makan ubat anti-anxiety kan?

Why???
Kalau tidak mahu tu baby, send to someone yang boleh take care...
Sedih saya baca, the baby yang innocent jadi mangsa...

Why???
Kalau tidak mahu tu baby, send to someone yang boleh take care...
Sedih saya baca, the baby yang innocent jadi mangsa...

@Sumandak Kinabalu~Kesian kan? Mum dia terlebih dos ubat anti-anxiety kali. Dalam keadaan khayal, dia buang baby tu dalam mesin basuh.

sedihnye! kenape seksa baby tu huhu....

@Matnagger~Rasanya mum dia tengah high masa buat keja gila ni. :'(

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More