10 November 2010

Anak Tetak Ibu Kerana Menyangka Ibu Jelmaan Saka. Huh?


Halim Ismail (kiri) mengangkat jenazah isterinya untuk dibawa pulang ke Felda Chini Timur 1 selepas prosedur bedah siasat di Hospital Pekan semalam.

Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak pemotong buah kelapa sawit di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin. Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut.

Suspek memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka. Suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.

Oleh itu, suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit. Suspek juga mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya.

Polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam juga mendakwa mempelajari hal berkaitan iblis dan makhluk halus menerusi beberapa buku sejak empat bulan lalu selain membuat kajian sendiri. Bagaimanapun, suspek dipercayai menuntut ilmu salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan.




P/s: Inilah jadinya bila kita belajar ilmu dengan cara yang salah. Kalau berminat pasal ilmu macam ni sepatutnya dia tanyalah pada yang pakar, berguru dengan dorang. Jangan terlampau taksub dengan ilmu sampai biar syaitan menguasai diri. Apa guna hebat dengan ilmu, tapi ilmu agama langsung tiada, sampai kita tidak mampu bezakan mana betul dan mana yang salah. Dunia dunia.
crabemoticon

12 Sweet Roses!:

Astaga, kenapa juga boleh jadi macam ni???

tuh la padahnya akibat salah berguru. ibu sendiri pun dah tak kenal.

@Sumandak Kinabalu~Tu si suspek talingung tu bilang mama dia tu hantu, kononnya dia mau jadi ghostbuster, palui betul...

@eiela~Bahaya kan, sampai syaitan senang jak hasut.

gitulah kalo bljar tanpa guru...
sesat sendiri...
sdh sesat, kasi susah org lgi.

buhdak tuh salah sangka tuh gaknya..die x thu ke ituh baka die..buhkan saka..huh..ape nok jadi ngan buhdak2 skang nie..

@...NZC...~Sudahlah kasi susah orang, kasi mati orang lagi.

@one2paii~Terlalu ghairah nak jadi ghostbuster tu, sampai mak sendiri dia nampak macam hantu, ish ish ish.

@StellaClaire-Richard~Pelik bin ajaib, mak sendiri dia sanggup bunuh...

padahnya bila taksub sgt dgn ilmu begitu..sedangkan banyak ilmu yg lebih utama tak mahu dipelajari..

@tengkorakemas~Tak taulah TE, maybe cita2 dia nak jadi ghostbuster kot?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More