12 November 2010

5 Benda Yang Kita Tidak Ingin Jumpa Dalam Makanan Kita [Part 2]

Holla me amor! Tengah minum petang ka? Okay before baca entry ni, pastikan you all habis makan dulu okay, ekeke! Jangan lupa baca 5 Benda Yang Kita Tidak Ingin Jumpa Dalam Makanan Kita [Part 1]. Kalau suka entry ni, click like & share sekali ya, hehehe. 

6. Kain Oven Glove Dalam Roti
Seorang wanita tidak perasan ada kain daripada oven glove melekat pada rotinya. Dia hampir-hampir memakannya. Dia membawa balik roti itu ke kedai dan roti ini kemudiannya dihantar untuk ujian makmal. Pengeluar jenama roti itu akhirnya disaman.


7. Kepala Ayam Dalam McDonald's Happy Meal
Sejak bila pula kepala ayam ada dalam senarai menu McD? Seorang wanita hampir memakan kepala ayam dalam hidangan Happy Meal yang dia order. Nasib baik anaknya yang berumur 8 tahun larang dia makan. Manager McD ingin menyelesaikannya dengan memberi mereka makanan percuma selama dua minggu. Tapi wanita ini pula menuntut pampasan $100,000!


8. Kondom Dalam Clam Chowder
Macam mana pula boleh masuk kondom dalam makanan ni? Apa yang chef tengah buat di dapur tu? Seorang wanita yang sedang menjamu makanan ni berasa pelik apabila dia tergigit something yang "rubbery". Dia masih juga cuba mengigitnya. Apabila dia memuntahkan makanan itu ke napkin, dia terkejut melihat kondom. Dia terus mengadu kepada manager restoran itu dan dia dikatakan menerima sejumlah pampasan untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah. Tidak pula dinyatakan sama ada kondom itu telah digunakan atau belum. Uwekkksss!


9. Telur Lalat Pada Makanan
Credit gambar: Azrilnazril
Haaaaaa, siapa pernah jumpa telur lalat dalam makanan masa makan di restoren atau cafe kolej? Saya pernah tau! Saya hampir muntah bila nampak ada telur lalat dicelah ayam goreng yang saya order di cafe kolej. Yikes! Pengotor! Nasib baik saya tak termakan. Sejak hari tu, saya tak berani makan di cafe kolej kediaman, saya sanggup jalan jauh makan di cafe kolej kediaman lain. Biarlah kepenatan. Jangan mati cirit-birit!


10. Ulat sayur dalam sayuran
Credit gambar: Gerimishati
Ini pun pengalaman malang yang berlaku pada saya. Ingatkan restoren besar2 ni bersih, rupanya sayur pun cincai jak masak. Adakah patut boleh jumpa ulat sayur dalam sayuran tumis di restoren tu, punya main saya marah, terus saya panggil bossnya and marah. Dia offer bagi makanan free, uiii tak beranilah saya makan. Saya dan kawan2 saya terus keluar dari restoren tu.



P/s: You all ada pengalaman macam ini ka? Kalau ada jom share2, hehehe. Luahkan padaku. Muahahaha!

10 Sweet Roses!:

memang ada:
1- sayur ada ulat bulu ijau- tokey kedau blanje dpt free semua mkanan
2-tisu dlm burger mcd - manager bg ganti burger baru, pastu tak mkn. takut dorang dajal plak! :P
3- anak2 (bukan sekor!) lipas dlm sup ayam

hish... kak munna klu jumpa rambut sehelai je terus xde selera nak makan

Yay!! bkin geli oo kn klo tjmpa gitue..but tu no.10 slalu kna ma sy.nsb la jg sy ni x tkt cacing sgt but then org tua2 ckp bgs jg tu cz it shows that syur tu x gna chemical sgt tuk grown smpai cacing pn masi ada.

@giha lalala~Waaaaaaaahhhhhhh! giha! teruk juga tu kalau jumpa anak lipas, yikes! aduiiii.....

@munna~A'ah, geli kan sis, eeeee benci betul kalau dorang ni cincai jak masak.

@Cindy Chriselda JC~Ya bah kan, tapi masalahnya kalau jumpa ulat sayur macam tu, ertinya dia tidak cuci bersih la tu kan? ekekeke, aduiiii, geli saya kalau nampak ulat ni, ekekeke!

yang kepala ayam tu paling gelikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

ngaa~ jmpe tlur lalat, bese.. jmpe ulat lam sayur, baru kene bulan lepas.. tp jmpe kondom, glove n kepale ayam fried 2 x pna laa :p.. wahh! kamu nie org sbah kha vha ??

@rinaDOrina~Rina, cuba ko bayangkan kalau ko beli kfc terus jumpa kepala ayam tu, ekekeke!

@Muhamad Nor aka Mamat aka putra~Hahahaha, nasib baik belum pernah jumpa condom dalam makanan kan? Iya, saya orang sabah, hehehe! :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More