04 November 2010

25 Funny Things About Azura :)

Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more.

Hurray! Kena tag oleh si Stella, SasaDnafarhan & Tengkorak Emas. TQ guys! Nah ini jawapannya.


 Nama macam Muslim, tapi sebenarnya saya berbangsa Kadazandusun dan beragama Kristian Katolik. Orang selalu ingat saya ni muslim, tapi saya tak kisah pun, dah biasa, hehehe!
 Papa orang Ranau, mama orang Tambunan. Tapi saya tetap orang Tawau. Loghat pun dah macam orang Tawau. Cousins and family di KK selalu cakap saya ni bercakap macam burung, laju sampai dorang tak faham. Kekeke!
 Anak sulung dari 5 orang adik beradik. Adik saya bilang, saya paling garang, macam WITCH!
 Perangai sedikit macam budak2. Manja. Nakal. Suka kacau adik2 yang tengah buat kerja. Ngehngehngeh!
 Gila kucing dan anjing. Kalau tengah sedih, boleh jadi happy bila main dengan kucing dan anjing.
 Fasih bahasa Mandarin dan faham bahasa Kantonese. Sekolah cina dari tadika sampai darjah enam. 
 Suka main gitar biarpun taklah terer sangat macam si Ana Raffali and Zee Avi. Suka tengok orang main gitar dan belajar dari dorang.
 Suka update ilmu pasal software dan app komputer. Cikgu saya, si Mr Google.
 Takut tidur sorang2 dalam gelap. Trauma dengan gangguan hantu. Pernah nampak dan kena kacau hantu sampai satu minggu tak tidur. Tekanan sampai beberapa hari tak makan. Dorang ingat saya kena buat2 orang, padahal semua gara2 mama and adik saya cabar minta nombor ekor dari hantu yang ganggu saya tu. Memang hantu tu kasi dan dapat first prize tapi saya bodoh tak beli. 
 Pemalu dengan orang yang baru kenal. Tapi bila dah rapat, nah, mulut pot-pet tak henti2. Suka buat lawak, sebab suka tengok muka orang ketawa. Hati sendiri pun ikut senang.
 Garang, cepat marah, tapi cepat juga sejuk hati. Kadang2 rasa menyesal, sebab bila marah, macam2 benda tak elok keluar dari mulut. (Tengah ubah tabiat buruk ni)
 Always think about family first. Selagi saya mampu. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk tanggung family and buat dorang bahagia.
 Suka pendam masalah. Saya cuma mampu luahkan dalam diary ataupun dalam blog, ekekeke. Selalu nangis sorang2 bila sedih, tapi bila dah stop nangis, hati dah sejuk, dah gain kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.
 Pendengar yang setia. Suka dengar masalah kawan. Biarpun saya tak dapat bantu selesaikan masalah dorang, sekurang-kurangnya saya dapat ringankan beban dihati dorang dengan sentiasa ada untuk mendengar masalah dorang.
 Cerewet! Mahu kerja siap dengan perfect. (Tengah ubah tabiat buruk ni)
 Pendiam kalau ada something yang tengah difikir dalam otak. Especially time tengah berangan. Kekeke!
 Tak suka suasana tegang. Paling benci kena marah tanpa sebab. Hilang rasa hormat saya pada orang macam ni.
 Gila kumpul quotes! Time sekolah selalu buat penanda buku atau artwork untuk kawan. Bilik penuh dengan artwork yang dibuat dari bahan2 terbuang.
 Lebih suka stay dirumah. Malas nak keluar kecuali dengan bestfriend.
 Makanan kegemaran of course la masakan mama and SUSHI! Minuman kegemaran semestinya NESCAFE! Satu hari tak minum terus headache, ish ish ish.
 Benci dengan lelaki yang gatal dan perasan handsome. Macamlah dia jak lelaki di dunia ni. 
 Masa sekolah dulu paling benci subjek SEJARAH! Selalu kena denda dalam kelas oleh Cikgu Sejali, sebab sibuk bercerita dengan si Pao (bestfren saya) dibelakang sambil makan coklat, muahahaha!
 Geli tengok lipas dan ulat. Boleh lari pecut 100m kalau nampak makhluk ni. Tapi pecah rekod jugalah bila berjaya makan ulat rumbia (yg sudah dimasak okay, kalu masih hidup, confirm pecut lari).
 Emo sikit, boleh nangis bila tengok filem sedih2. Eh you all ada tengok drama Taiwan "Down With Love"? Best owh, banyak pengajaran pasal hidup and cinta boleh dapat dari situ.
 Tak tahan sakit (demam, sakit kepala, gastrik). Cengeng! Banyak songeh bila sakit, nasib baik mama sabar layan perangai saya yang macam budak2 ni, ekekeke!

Dan saya berminat untuk tahu 25 perkara pasal kamu. Hehehehe.
1. MamaJnJ
2. Gee
3. Steph
4. Mel
5. Lisa Ali
6. Kuman San
7. Jom Santai Sekejap
8. Mama Qistina
9. Munna
10. One2pii
11. Umar
12. Ummi Hanie
13. Yahaya
14. Catherine
15. Ms Nury
16. Cik Tom
17. cGio
18. Fantastic Ajane
19. Erna Morgan
20. Ibu Batrisya
21. Just
22. Angel Bear
23. Sumandak Kinabalu
24. Nur Misnan
25. Sudir Suichi

Jangan lupa jawab, hehehe, kalau yang dah ditag sebelum ni, just bagi url untuk jawapan kamu ya, nanti saya pi baca and komen. Hopefully friendship kita dalam alam blogging ni berkekalan sampai bila2. :)

Oh ya, hampir terlupa bagitau you all, masih ada 4 ruang kosong untuk iklan and banner kamu. Percuma tau! Siapa berminat, sila tinggalkan url banner di entry "Ruang Iklan & Banner Percuma Setiap Minggu (Khas Untuk Follower)". Empat iklan & banner yang terawal akan disiarkan pada minggu hadapan. Selebihnya pula akan disiarkan pada minggu seterusnya. 


P/s: Hurray! TQ Nuffnang! Dapat BE baru, jeng jeng jeng! 
AMP Hitz.FM SS

8 Sweet Roses!:

oh...saya juga sangka kamu begitu..takpe, berlainan agama bukan masalah hehe

boleh buat bisnes tu letak quotes dan jadikan bookmark :D or design t-shirt

@tengkorakemas~Hahahaha, saya dah biasa. :) Ermmm bagus juga cadangan TE pasal bisnes penanda buku and t-shirt tu, nanti saya fikirkan. Thanks ya!

@StellaClaire-Richard~Muahahahaha, terbongkar rahsia saya ni.... :)

@Sasa Al-Sharif~Yakah sasa? Muahahaa, terlupa, sorry2, sekarang juga ku ubah ah, wink wink... :)

mandak dlm proses buat entri jg pasal ni.. ada jg kwn yg tag... biul juga la mo mengingat pasal diri kan.. slma ni mcm take for granted ja...:)

@Fantastic Ajane~Ya bah mandak, ini pun banyak yang saya suruh adik saya buatkan, muahahaahaha!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More