30 November 2010

Sempat Bagi Kucupan Terakhir Untuk Suami



Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk. 



Kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian. Sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian. Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih. 

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.




P/s: Sedihnya, apa nak buat, ajal dah sampai, mudah-mudahan saja arwah tenang disana. Takziah kepada Hayati sekeluarga. Mudah-mudahan tabah menghadapi hidup akan datang setelah ketiadaan suami tercinta. :'(

Berzina Dengan Kekasih Selepas Menyembunyikan Mayat Isteri Yang Dibunuhnya Dalam Almari Pakaian


Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh, tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009. Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009. Mereka juga merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya. 




P/s: Kejamnya, memang menjijikkanlah lelaki ni, betul2 gila. Kalau gila mahu kahwin pun janganlah membunuh orang. Yang paling menggelikan, dia ada hati lagi buat hubungan seks selepas membunuh, ish ish ish. Pelik pelik.

27 November 2010

Tutorial - WSB ChatRoomBah Sidebar Icon

We Are Sabahan BloggerMania [WSB]

Holla, hari ni blur bah, tak tahu apa yang patut saya buat. Mahu blogwalking pun susah, line Steamyx di office ni, macam siput tempang jak. Ish ish ish. Bosan betul.

So rasanya better saya buat tutorial ni, khas untuk semua wasabers, ekekeke. Kalau ada icon ni, wasabers senanglah masuk ruang chat WSB, kan kan kan. Sambil2 boleh juga tolong si Abg Ed promote WSB. Mula2nya mahu kasi tengok dia dulu bah ni, suruh ubah mana yang patut. Tapi takpa, saya post sajalah, nanti ada salah silap, tolonglah betulkan ya. 

Stepsnya senang saja, ikut cara untuk tambah widget baru.

1. Pergi ke DASHBOARD>DESIGN>PAGE ELEMENTS>Add A Gadget

2. Pilih Html/JavaScript

3. Pada ruangan title, tak payah letak apa2, biarkan blank.

4. Then, pada ruangan content, letak code dibawah ni:



<!-- Created by Azura Ani Salaim - http://azuraanisalaim.blogspot.com -->
<a style="display:scroll;position:fixed;top:100px;right:0px;z-index:+1000;" 

href="http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/p/wsb-chatroombah.html" title="WSB ChatRoomBah!"><img 

src="http://i951.photobucket.com/albums/ad358/azuraanisalaim/Wasaber%20Chatrum%20Icon/icon4.jpg

 /></a>
<!-- Please keep this notice -->



Untuk icon WSB sila pilih dibawah, right-click mouse kamu dan copy image url. Gantikan pada tulisan yang berwarna merah diatas. Kalau kamu ada logo yang lebih cantik, jangan lupa share linknya okay, hehehe.

      

Kalau nak ubah kedudukan, just ubah tulisan yang berwarna pink tu. Ubah bottom jadi top, right jadi left (better terbalikkan logo kalau nak simpan sebelah left), and jangan lupa ubah px tu ikut kesesuaian blog kamu. Untuk ubah link, ubah tulisan yang berwarna ungu tu. Boleh cuba link kan terus ke ruang chat, ataupun link kan terlebih dahulu ke homepage WSB.

5. Save template. Hehehe. Senang kan?


P/s: Kalau berminat cubalah, tapi pastikan kamu sudah mendaftar di We Are Sabahan Bloggermania. Dan setiap ahli wasaber diwajibkan letak logo WSB di homepage blog. Kalau dapat buat jangan lupa leave comment and share dengan kawan wasaber lain ya, hehehe. :)

26 November 2010

*Happy* Dapat Friendship Award Dari Si Just & Yats


Thanks ah Kurekurekecik, AkemiJust & Yats, comelnya award ni, hehehehe. Ada soalan untuk saya ka ni? Bah saya cuba jawab kio. Kalau salah jangan marah, ekekeke!

1. What do you think of Just and Yat's blog?
Awesome blog! Penuh dengan info. Kadang2 ada juga saya curi ilmu sana, ekekeke. Dan yang paling saya suka pasal si Just sama si Yats ni, dorang dua ni friendly tau, ko baru jak bercerita sama dorang, tapi macam lama kenal sudah, ada jak cerita dishare. Hehehehe. Selalu bergosip di WSB, ekekeke!

Owh ya jangan lupa singgah blog si Just tau, ada tu dia buat Give Away Contest tu. Cepat kamu join! Mau dekat tarikh tutup sudah tu!


2. List down your friends.
Alalala, banyak yang si Just sama si Yats tag tu memang yang saya pun mo kasi award juga. Ekekeke. Thanks to WSB, saya kenal ramai blogger Sabahan yang friendly, syiok owh. Love you WSB!


Saya harap geng karas diatas ni sudi terima award ni dari saya, ekekeke. Sapa2 yang berminat juga boleh ambil awards ni jangan malu2 tau, sebab saya sendiri harap dapat kekalkan friendship dengan semua kawan2 blogger. Jom sama2 berjaya dalam dunia blogging, keep in touch, mudah2an friendship kita dalam alam blogging ni berkekalan. Amin. 

25 November 2010

Huh? Remaja Lelaki Dirogol Empat Wanita?




Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di Papua, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.

"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya. "Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.

Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut.

(Link)


P/s: Astaga, kenapa lelaki pula dirogol perempuan ni, pelik pelik pelik. Ganas juga perempuan tu, adeh!


24 November 2010

Susah Nak Cari Pasangan Yang Ikhlas Berkawan Dengan Kita


Holla, sorry entry ni kira kejam sedikit. Boring betul la, asyik jumpa lelaki yang gatal jak ni. Susah betul cari lelaki yang baik bah. Haissss. Single ke tua lah ni. Hehehe!

Tadi jalan2 dekat Tagged. Baca message yang bertimbun-timbun, sebab lama tak masuk. Haizzzz, kebanyakannya message yang kurang ajar, 18sx, gatal, aduiiii naaaaaaa. Mo dibalas dengan makian, nanti tambah dorang menggatal. Haizzzz block jaklah.

Ada juga message, mahu minta hubungan serius. Padahal baru first time nampak dalam Tagged. Nda gila ka dorang ni? Hati dorang tu macam hati nyamuk sama ulat kali ya, senang2 jak ucap perkataan "I Love You", "Sayang". Haissssss, kalau lelaki macam ni kan, bagus dilempar p laut, kasi makan ikan jerung. Benci betul owh! Nanti jumpa perempuan lain, ulang lagi benda yang sama. Apalah matlamat hidup dorang ni ya? Bila tak diterima, mulalah send message sedih2, merajuk konon, ingat saya peduli ka? Go to hell lah!

Ada pula yang ajak jumpa, tapi bukan dia yang datang ke sini, tapi kita pula disuruh ke sana jumpa dia, ticket and tempat tinggal semua dia tolong bayarkan, hey asshole a.k.a son of a bitch, ko ingat saya ni GRO ka? Enak2 jak cakap macam tu. 

Haizzz, susah betul mahu faham lelaki ni bah. Single is better daripada hidup dengan lelaki mcm ni.

Suami Kuat Cemburu & Panas Baran Bunuh Isteri Yang Sedang Hamil

Sedih. Hamzah dua dari kanan menunggu jenazah Rohana di HSI.

Manusia apalah si suami ni. Gara2 sikap panas baran dan perangai kuat cemburu dia ni, dia sanggup membunuh isterinya yang hamil sebulan. Gila ka apa dia ni? Kalau ada masalah pun selesailah cara baik2. Ish menakutkan. Sebelum ini pun mangsa pernah dipukul depan keluarganya. Dan dia juga pernah dimasukkan ke wad dan menerima jahitan kerana dipukul dan juga dikelar dengan pisau. 

 Takziah kepada keluarga mangsa. Tengok gambar diatas ni, saya pun ikut sedih. Mudah2an suami jahanam tu dikenakan hukuman setimpal.

Sila baca beritanya di SINI.

23 November 2010

Hari Yang Membosankan. Tapi Ada Hal Yang Menggembirakan. :)


Holla semua, sorry lama tak update blog, ekekeke. Busy sikit, lagipun saya habiskan masa update blog saya yang lagi satu, kesian terbiar, penuh sarang semut dan labah2 sudah, hehehe. Beranak-pinak berpuluh-puluh generasi sudah tu.

Hari ni saya happy sangat2, sebab dalam banyak2 orang yang saya bagitau impian saya kan, ada satu orang yang boleh bagi saya semangat untuk teruskan impian saya tu. Biar pun kami tak pernah jumpa, tapi saya dapat rasakan yang fikiran dia ni memang matang. Umur dia pula 3 tahun lebih muda dari saya. Tapi saya kagum juga, sebab dia mampu baca fikiran saya. Hrmmm. Pelik owh.

Mahu tahu apa impian saya? Hrmmm. Saya mahu buka satu ladang ternakan lembu. Kalau boleh saya mahu buat macam ladang lembu + kelapa sawit (amalan perladangan baik) yang saya lawat sewaktu saya praktikal di Jabatan Haiwan. Masalahnya sekarang, saya kena cari modal. Tanah sudah ada. Sebelum ni penat saya tanya sana sini, kumpul maklumat. Tapi still tak berani nak mulakan langkah. Sebab yang saya risaukan, MODAL dan RISIKO

Nasib baik sahabat saya ni, dia ada pengalaman juga dalam bidang macam ni, so ada juga dia bagi nasihat, yang saya patut teruskan impian saya tu, jangan cari alasan untuk tangguh atau buang jauh2 impian saya tu. Saya betul2 tak sangka, dia mampu bagi saya semangat. Bila saya beritahu masalah saya, dia akan bagi cadangan yang paling betul dan ini membuatkan saya rasa sangat dihargai sebagai kawan. 

Tapi saya kesian sangat dengan dia, sebab dia baru saja putus tunang. Tinggal berapa hari lagi kahwin, tunang dia minta putuskan hubungan dan batalkan perkahwinan. Hrmmm. Apa nak buatkan, tiada jodoh. Sedih betul. Mudah2an dia jumpa jodoh yang lebih baik.

Owh ya, kalau kamu ada pengalaman dalam bidang ternakan ni, jangan lupa kongsikan bersama saya ya. Saya nak capai impian saya tu. Supaya saya mampu cari duit lebih untuk sara family saya. Hurray!


P/s: Kalau kamu minat quotes, jom singgah ke "Just Another Blog By Azura", kalau nak kongsikan quotes pun boleh, have fun reading it. :)

20 November 2010

Gara-gara Dicabar, Ayah Sanggup Buang Anak Perempuan Ke Dalam Air Panas Mendidih!




Budak perempuan berumur 10 bulan dibuang ke dalam air panas yang mendidih. Apa yang lebih menyedihkan, orang yang membuangnya ialah ayah kandungnya sendiri.

Ayah budak perempuan itu, Huang, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dan akhirnya dia bertengkar dengan kekasihnya, Lin yang juga merupakan ibu kepada budak perempuan itu. Lin telah mencabar Huang untuk membuang anak perempuan mereka ke dalam air panas yang sedang mendidih.

Kerana rasa marah dan tercabar, Huang bertindak merampas anak perempuannya yang berada dalam pelukan Lin, sebelum membuangnya ke dalam air panas yang mendidih. Lin yang terkejut dengan segera menarik anak perempuannya keluar, tapi malangnya 90% daripada badan anak perempuannya telah melecur dengan teruk.

Lin cuba menyejukkan badan anaknya dengan air sejuk, tapi ini hanya menambahkan kesakitan kepada anaknya kerana kulitnya mula terkupas. Lin akhirnya pulang ke rumahnya dan keluarganya membawanya ke hospital. Doktor memberitahu, kesakitan yang dialami oleh budak perempuan ini boleh digambarkan seperti dihiris dengan seribu pisau, iaitu 10 kali lebih sakit daripada sakit bersalin.

Polis bergegas ke rumah Huang, dan apabila mereka tiba dirumahnya, Huang sedang memasak mee, dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia akhirnya memberitahu polis bahawa dia tidak bermaksud untuk membuang anaknya ke dalam air panas mendidih itu, dan kononnya dia menyesal dengan apa yang dia lakukan akibat mabuk.


Pada mulanya kesihatan budak perempuan ini menunjukkan peningkatan baik, tapi selepas 3 hari, dia meninggal akibat organnya banyak yang gagal berfungsi.




P/s: Dua-duanya salah. Si ibu salah sebab pandai-pandai cabar si ayah buang anak ke dalam air panas mendidih. Tiada benda lain ka boleh dicabar? Yang si ayah pula lagi salah dan bodoh mahu mampus, sebab berani buang anak ke dalam air panas mendidih. Kenapa anak yang jadi mangsa? Dunia dunia.

Gara-gara Putus Cinta, Remaja Lelaki Potong Kemaluan Dan Buang Ke Dalam Perigi!

well11 Jilted Javanese Teen Chops off Penis and Throws it Down Well picture
Gambar sekadar hiasan.
Kerana kecewa dengan teman wanitanya yang ingin berkahwin dengan lelaki lain, seorang remaja lelaki sanggup memotong kemaluannya dan membuangnya ke dalam perigi.

Remaja berusia 19 tahun itu, yang berasal dari tengah Jawa, boleh dikira bernasib baik kerana selamat. Memotong kemaluan boleh menyebabkan kehilangan banyak darah dan boleh membawa maut.

Apa yang lebih menyedihkan, doktor tidak dapat menyambung semula kemaluan remaja lelaki itu kerana penduduk kampung tidak menjumpainya. 




P/s: Nampaknya remaja lelaki ini tidak mungkin dapat melalui kehidupan normal. Sudah pasti dia akan menderita seumur hidup kerana membuat keputusan salah. Inilah akibatnya apabila mengambil keputusan tanpa memikirkan baik buruknya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

19 November 2010

Bila Manusia Bersikap Mengalahkan Syaitan Dan Binatang!



Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa, berusia 23, yang bibirnya digunting oleh isteri majikannya pada 8 November lalu di Madinah, Arab Saudi semakin pulih.

Sumiati mengalami kecederaan serius terutama di bahagian muka dan bibirnya yang dipercayai digunting, jari tengahnya retak, badannya mempunyai kesan dibakar selain banyak kecederaan dalaman.



P/s: Teruknya manusia macam ni. Kenapa makin banyak kes penderaan terhadap orang gaji ah? Kalau pun dorang ni tak pandai buat kerja, janganlah sampai didera. Memang ada masalah sakit mental, cuba kalau majikan jahanam tu dibuat macam ni, mahu ka?
crabemoticoncrabemoticon

18 November 2010

Berani Tak Bertempat Atau Lebih Sesuai Dipanggil Bodoh? Mana Satu Sesuai?

Siapa mahu tunjukkan keberanian? Ada tak cara yang lebih baik atau lebih logik dari cara lelaki dibawah ni buat? Tak tahulah nak cakap apa, you all rasa ini boleh dikira berani atau bodoh?













[Gambar] Mizz Nina & Noh (Hujan) Bertunang. Tahniah!





Selamat Bertunang Mizz Nina & Noh (Hujan). Akhirnya Noh (Hujan) dan Mizz Nina membuat pengakuan pasal pertunangan mereka pada 6 November lalu. Sebelum ini mereka ada berdalih-dalih apabila ditanya pasalnya. Dan majlis pernikahan pula akan dilangsungkan pada 1 Julai tahun depan. Semoga berkekalan cinta mereka. Amin.

Sanggup Jual Anak Untuk Dapatkan Duit Beli Kereta Terpakai? Memang Jahanam!


Gara-gara ingin membeli kereta terpakai, sepasang suami isteri sanggup menjual anak perempuan mereka yang berusia 23 tahun kepada sebuah keluarga yang kemudian menjadikannya hamba seks di pinggir Paris antara tahun 2003 hingga 2006.

Gadis itu, Sabrina, dijual kepada Franck Franoux, 58, dan pasangannya Florence Carrasco, 56, yang kemudiannya mendera dan memaksanya hidup dalam keadaan dirantai dan suasana sekeliling yang menjijikkan. Ada sumber yang menyatakan bahawa kehidupan Sabrina lebih teruk daripada haiwan.

Pasangan terbabit adalah antara lapan lelaki dan enam wanita yang didakwa melakukan kesalahan tidak bertamadun seperti perdagangan manusia, pemerkosaan dan penyeksaan. Perbicaraan kes itu dijangka berakhir 17 Disember depan.



P/s: Teruknya, gara2 mahu beli kereta second-hand, dorang sanggup jual anak dorang???? Apa punya jenis manusia macam ni? Tak layak jadi parents! Begitu rendah nilai anaknya, sampai bagi mereka penting lagi kereta daripada anaknya. Memang jahanam! Tak patut dimaafkan! Semua setan yang terlibat dengan kes perdagangan orang sepatutnya dihukum GANTUNG SAMPAI MATI! Malaysia pun banyak kes macam ni. Haizzz, dunia dunia!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More