19 October 2010

Tawau Bakal Berdepan Dengan Gempa Bumi Yang Kuat!


Holla me amor! Hehehe. Macam mana hari ni, sihat tak? Dah breakfast? Kalau belum pergilah breakfast dulu. jangan skip breakfast tau. Tak baik untuk kesihatan. 

So hari ni, dapat satu lagi berita pasal gempa bumi yang berlaku di Tawau. Ada saya buat entry pasal kejadian ni. Sudah baca ka? Kalau belum, jom baca "GEMPA BUMI BERSKALA 3.8 RICHTER DIKESAN DI TAWAU! TAKUTNYA!". 

Dari apa yang saya baca, Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan. 

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther. "Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," katanya.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.

Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.


P/s: Haizzzz, sekarang ni, banyak betul bencana alam berlaku. Bumi semakin tua. Ditambah lagi dengan aktiviti manusia yang rakus. Selagi kita masih hidup, bersyukurlah dan bergembiralah. Hargailah masa yang kita ada.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More