27 October 2010

Sotong Peramal Piala Dunia 2010, Paul Mati. Kesiannya!

Gambar menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.
Siapa tak kenal dengan si Paul, sotong kurita yang menyebabkan peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia. 

Sotong ini juga pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010. Selepas perlawanan piala dunia itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal iaitu membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.


Pihak pengurusan Sea Life mungkin akan menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium dan mendirikan satu makam sederhana yang kekal untuk memperingati Paul.




P/s: Rest in peace Paul. Comelnya si Paul ni, sedih pula dia mati, huhuhu.

2 Sweet Roses!:

Sdh ajalnya dong! RIP aje deh! ;p

@Just~Ekekekeke, nasib baik dorang tia masak atau bikin kinilau, ekekeke! :p

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More