06 October 2010

Sama-sama Kita Basmi Wabak Denggi!

Hi semua, sihat tak? Semalam office saya kena fogging. Ini kali tak payah bayar, free, pernah kan saya cerita ada orang menyamar sebagai wakil jabatan kesihatan datang buat spot check jentik2 di office, tapi minta bayaran kalau mahu buat fogging. Sah-sah menipu, palui! 

So hari ni dorang datang lagi, untuk check kawasan2 sekitar office yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk Aides ni. Peramah juga dua orang officer tu. kebetulan orang baru yang ganti Fiona tu kenal dia. So dorang duduk2 berbincang, bercerita, saya sempat tanya dia pasal Demam Denggi ni. Then dia ada bagitau ada kerja kosong dijabatannya. Bila dia tanya qualification saya, saya bagitau la saya ada Ijazah (Master in Animal Biology), terus dia bilang, jawatan tu untuk pemohon yang mempunyai tahap pendidikan sampai SPM saja. Cis! Menyesal saya bagitau, palui!

Saya ada tanya pasal wabak ni, dia ada bagi saya flyers, so saya baca, then ada benda tak faham saya tanya, ehehehe. You all tau ka pasal wabak ni? Jom baca nota-nota penting pasal Demam Denggi ni.


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan  terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air.  Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 


Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang terletak di garisan khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa Asymptomaticatau dan Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu. Dalam perubatan moden, demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa mengalami sebarang gejala iaitu denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya yang hampir sama dengan denggi biasa namun pesakit akan mengalami pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut. Demam denggi berdarah amat merbahaya dan boleh membawa kepada risiko kematian. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan kawasan tertentu di negara-negara tropikal.

Simptom-simptom demam denggi ialah:
-         demam kuat secara mengejut.
-         demam berterusan
-         sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata
-         ruam atau bintik merah di kulit
-         pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
-         pesakit juga akan mengalami sakit kepala
-         hilang selera makan
-         muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam.


Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti  demam denggi dan menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah  menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Siti Noraini Bt Othaman
Program Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi


P/s: Bila kita mula mengalami demam yang kejap on kejap off, setlah diminda kita, yang kita mungkin dijangkiti virus denggi. Bila kita dijangkiti denggi, virus ini akan berada didalam badan kita seumur hidup. Dan hanya rawatan awal yang mampu selamatkan nyawa kita. Jika kita dijangkiti oleh virus yang sama sekali lagi, kita tidak akan demam, kerana kita sudah imun, tapi kalau kita dijangkiti jenis virus denggi yang lain (ada 4 semuanya), kita akan sakit teruk dan boleh mati. Palis2.

2 Sweet Roses!:

Ketahui nyamuk Aedes boleh membiak takungan air di pelepah daun sebagai contoh pelepah pokok pisang

@akubiomed~Thanks fren sebab tambah info bagus ni, hihihi. Baru pula saya tau, ish ish ish... :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More