13 October 2010

Pernahkah Kamu Rasa Seperti Apa Yang Saya Rasa Sekarang?

Hai semua, apa khabar? Sihat tak? Saya tak berapa sihat, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala, macam2 ada. Tapi saya masih juga datang kerja, kalau stay dirumah, mesti saya rasa tambah sakit. Lagipun tiada yang ganti tempat saya. 

Hari ni saya belajar satu perkara. Orang yang kita benci dan yang kita sangka jahat, tidak semestinya jahat. Dan orang kita sangka bahagia tidak semestinya bahagia. Pelik ka? Hahaha! Entahlah. 

Dalam satu minggu ni, manager baru yang saya cerita saya tak suka tu, ajar saya pasal Accounting Management. Kamu tahu kan ini bukan bidang yang saya suka. Saya ada Ijazah - Major in Animal Biology. Saya prefer kerja di lab atau pun pergi ke ladang2 ternakan haiwan untuk periksa dan bagi ubat kalau perlu. 

Tapi kadang2, dalam hidup ni, kita tak selalu dapat apa yang kita mahu. Macam saya, saya masih tak dapat kerja yang berkaitan dengan Ijazah saya biarpun saya dah banyak kali interview, tapi saya ditakdirkan kerja office (kerja yang paling saya tak suka). Saya ditakdirkan belajar Accounting sedangkan saya paling benci Accounting. Dulu masa Form 4, saya sampai menangis dan mogok lapar sebab papa paksa saya masuk kelas perakauan. Sedangkan saya lebih berminat masuk kelas sains, sebab tu saya berusaha untuk dapat keputusan cemerlang dalam PMR saya. 

Pelik kan? Pernah tak you all rasa macam apa yang saya rasa ni? Apa yang saya mahu dalam hidup saya, saya tak dapat. Tapi saya diberi satu jalan lain yang saya tak suka, tapi kalau saya berusaha belajar dan terima dengan hati yang rela, saya boleh berjaya. Dan mungkin lebih berjaya dan mampu dapat duit lebih banyak daripada kerja sebagai pegawai perubatan.

Saya tak sangka pula manager baru yang saya cerita saya tak suka tu, sebenarnya ada masalah sendiri. Tiba2 saya rasa kasihan pula sama dia. Saya tak sangka dia boleh cerita masalah dia sama saya. Maybe dia rasa tertekan dan tiada tempat berkongsi masalah. Dia cerita masalah keluarga dia, masalah suami dia, masalah anak2 dia. Tiba2 view saya pasal dia berubah. Saya ingatkan dia bahagia sebab gaji dia tinggi, ada suami kerja gaji tinggi, rupa2nya dia cakap selagi dia mampu tahan dan bersabar, dia lebih rela pendamkan. Kesian.

Now I know, semua orang ada masalahnya sendiri. Cuma terpulanglah kepada individu itu sendiri sama ada mahu share ataupun simpan dalam hati.

Ada juga nasihat yang dia bagi saya. Dia mahu saya belajar Accounting betul2. Supaya dia boleh promote saya kerja tempat lain yang ada gaji lebih tinggi. Sebab dia cakap saya cepat belajar, sebab itu dia suka ajar saya (gembira juga kena puji, ekekeke, tambah semangat saya belajar). Dia sudah pesan sama saya, supaya saya jangan resign, tunggulah dulu dia habis ajar saya Accounting, baru resign. Ish lembut pula hati saya. Tapi saya memang berminat sudah ni belajar Accounting. Macam best pula.

Saya harap lepas ini hidup saya akan lebih baik lagi. Saya mahu upgrade diri. Selagi masih mampu. Saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya dulu supaya saya mampu balas budi mama and papa. 

Cinta? Saya buang jauh2 dulu. Nak tahu kenapa? Nanti saya cerita lagi ya. :'(


Pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a person.

18 Sweet Roses!:

kena kerja dengan Zoo la camni kan.. dengar cerita Zoo banyak uderstaff... try la mintak tgk
kuman "Buang bayi.." Entry

sebenarnya tuhan lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba-Nya, so kita jgn sekali-kali putus asa..

good luck :D

@Kuman Chaos~Akan saya usahakan, tapi saya nak blajar accounting dulu, ekekeke!

naa kan..bagus rupanya dia itu..sama jua kisahnya kali ngan aku ni..dulu2 my exboss tu macam terlampau jahat..mau arah2 org pun musti menjerit2..aiyaaa..sakit telinga, sentiasa berdebar2 nda fokus kerja
tapi skearang sa boleh terima sudah mimang itu cara dia mendidik anak2 buah dia..adoi.tia palah sa tiada jodoh sama dia..
skrg sa mo bljr acc. sa otak kanan ni azura mimang kalu digit2 tia boleh terima..tpi itu target majikan skrg...sama musti pandai mandarin..sa tua sudah mo bljr tu barang..hehe
bagi azura yg msih muda..grab sebyk mana ilmu yg ada ok! sa sukung azura(melebih2 pula komen ni)

@tengkorakemas~Thanks ya fren, terharu baca komen ko ni, huhuhu, maybe ini jalan yang Tuhan tunjukkan pada saya. Saya terima dengan hati yg rela... :)

@Mama JnJ~Yalah sis, macam sa pula jahat bah sa rasa, ekekeke, tapi memang kadang2 dia ni bikin geram juga, tapi saya ni memang suka kalau belajar benda2 baru ni, ada juga pengalaman saya dapat kan... :)

sis, boleh bah tu blajar asalkan mahu, ilmu tak kira usia tu, ekekeke, jom kita belajar mandarin n acc sama2 :)

hhmm..Azura..kita blajar lah accounting sama2..:)

@Steph~Bulih, ko jadi sifu ya, ehehehe... :)

Emmm...Saya dah kerja accounts ni lebih 10 tahun. Dah naik boring tengok angka2, tekan calculator, balance sana balance sini, profit sana loss sini. Debit sana credit sini, kejar nak tutup accounts, kena kejar sebab accounts belum close...
Emmmm...macam nilah. Biar saya belajar pasal animal biology, Azura belajar pasal accounts pulak...

Lupa pulak nak cakap...saya join accounts bukan sebab minat, sebab terpaksa. Cita2 jadi doktor tapi masa SPM result sains tak cukup bagus untuk apply medic...so applylah accounts dan business. Tup-tup dapat offer belajar accounts... apa lagi.
Nak telan mati mak, dan luah mati bapak.. Uhukkss

@jomsantaisekejap~Waaaaahhhhhh! 10 tahun??? Mesti hebat ni, ehehehe, jadi sifu saya la ya, ekekeke. Animal Biology best juga, tapi yang paling saya tak boleh lupa, time amali, kami dipaksa bunuh tikus tu sendiri untuk dibedah. Nak tak nak, mesti buat juga. Kalau tidak Prof marah. Sedih oooo. Ada kawan saya pengsan. Tak sanggup dia bunuh.

@jomsantaisekejap~Yakah? Huuhu, rasanya sekarang ni, semua orang keja bukan sebab minat, tapi untuk memenuhi keperluan hidup. Huhuhu. Tapi senag dapat keja kan kalau blajar accounts?

Untuk accounts memang banyak kekosongan tapi lagi ramai orang yang memohon..terlalu banyak persaingan. Cuma accounts you can go any sector of finance. U boleh pergi purchasing, sales, marketing, accounting, admin, payables, credit control, banking.. prospek accounts luas, So kena pandai grab opportunity as quote says, same opportunity doesn't comes twice, just grab what ever opportunity that u have

kejar kerjaya dulu utk kemajuan diri then baru dpt balas jasa ibubapa kan..:)

have a pleasant week..:)

@jomsantaisekejap~A'ah, sometimes, menyesal juga tak ikut cakap papa ambil accounting, hehehe, tapi takpalah, sebab belajar Animal Biology memang buat saya happy and bahagia, biarpun memang stress juga, ekekeke.

@StellaClaire-Richard~Ya, ngam tu geng, huhuhuhu, what ever you do, make sure family first!

salam azura...

allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya..dont give up ok n good luck..

@Amy Syaquena~Thanks Amy, semangat sudah saya ni, ehehehe! Kamu semua memang best2! :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More