15 October 2010

Malang Yang Tak Berkesudahan. Kalau Kamu Ditempat Dia, Apa Yang Kamu Akan Buat?

Semua kenangan dalam rumah ni habis terbakar. Gambar sekadar hiasan.

Hai semua, sorry tak sempat blogwalking hari ni. Banyak kerja perlu disiapkan, ehehe. Salah sendiri sebab tangguh2 buat. Nah padan muka, kelang kabut siapkan.

Pssstt. Jangan kasi tau boss ya, ekekeke.

Oh ya, semalam saya dengar cerita dari manager saya ni, rumah kawan dia terbakar. Luckily dia dan anak2 dia (5 orang) selamat. Tapi kesian juga, sebab rumah hangus terbakar, tak sempat pun selamatkan apa2 barang. 

Dia pun tak sedar rumah dia terbakar, sebab pagi rabu jam 08.30 dia pergi kerja macam biasa lepas hantar anak2 ke sekolah. Then lebih kurang jam 9.30 jiran dia call bagitau rumah dia terbakar. So dia pun kelang kabut pulang. Bila dia sampai, yang tinggal hanya 3 batang tiang rumah. Semua habis terbakar. Kesian.

Manager saya ni pun dapat tahu lepas baca newspaper. Kesian, nampak gambar kawan dia nangis disitu. Memang nampak dia sedih sangat2. Then manager saya ni pun buat donation untuk kawan (classmate time high school) dia ni, sekarang dia pun tengah busy kumpul classmate2 untuk pungut donation, nasib baik semuanya sudi membantu, at least ringan sikit beban dia kan. Dorang plan kumpul duit before Sunday, sebab Sunday ni dorang nak pergi melawat kawan dorang ni. Dia tinggal sementara dirumah mama angkat anaknya.

Manager saya ada bagitau, yang kawan dia ni, hidup susah dari kecil lagi. Ingatkan boleh bahagia lepas berkahwin, tapi selepas lahir anak kelima, suami dia tiba2 berterus terang sama dia, yang dia ada perempuan lain. So dia takkan tidur dirumah.

Kamu bayangkanlah, kamu ditempat dia, aduiii, sedihnya hati, sakitnya hati. Tapi yang peliknya, suami dia ni, setiap pagi pulang ke rumah untuk sarapan sama2 dia dan anak2nya, then anak pun dia yang hantar ke sekolah. Suami dia juga yang ambil anak pulang dari sekolah. Malam pula suami dia masak untuk dorang sekeluarga, memang dia tak pernah lupa tanggungjawab dia pada keluarga dia ni, duit belanja tak pernah dia lupa bagi, cuma dia takkan tidur di rumah, sebab dia tidur dirumah perempuan simpanannya. 

Bukan satu dua hari, bukan sebulan dua bulan, tapi sudah lebih 10 tahun dorang hidup macam ni. Manager saya pun hairan, kenapa dia tak nak bercerai. Padahal kawan dia ni memang cantik. Manager saya ada bagitau juga, kawan dia ni sudah couple dengan suami dia sejak umurnya 13 tahun, habis jak SPM terus kahwin. Cinta yang bertahun-tahun pun boleh hilang sekelip mata. Takutnya!

Sudah hidup dia macam ni, tiba2 rumah dia pula terbakar, kesian pula. Cuba kamu bayangkan kamu pergi kerja, then kamu pulang rumah, yang tinggal hanya 3 batang tiang? Uissh! Kalau saya memang saya pengsan on the spot, palis2!

Okaylah guys, saya mau sambung kerja saya dulu. Nanti kita chit-chat ya, daaaaa! <3 <3 <3


12 Sweet Roses!:

aku rasa mungkin sbb demi anak dia nda mo becerai sm laki dia..aish..tp kesiankan..budak yg jd mangsa keadaan..syukur teda kemalangan jiwa d laporkan..hehe..

OMG!Kesian o, macam sudah jatuh ditimpa tangga...

Ya bah, nasib baik semua selamat, kesian bah, nda dapat sa bayangkan tempat sa ditempatnya, palis2...

@Sumandak Kinabalu~Kesian kan geng, harap2 kuat semangatnya... :)

sedih kalau jadi camtu...
kalau file computer hilang bleh la buat backup. ni rumah & barang-barang nka wat camno?
kuman "Berpacaran.." Entry

@Kuman Chaos~Ta kan, ish ish ish, everything starts ZERO lagi, kesian oooo...

kadang2 benda mcm ni disebabkan kena kasi makan something. ehm buleh jd jgk kan.

tp mmg kesian la dia..

cinta itu buta..kadangkala manusia lebih melayan cinta nafsu dari cinta sejati..

suami kawan manager tu Islam ke bukan?

kesian juga kan..malang tidak berbau.

@AtieAbid~Mungkin juga, banyak jadi kes mcm tu kan? Ada cara mau hilangkan ka?

@tengkorakemas~Chinese, tapi tak pastilah perempuan simpanan dia tu orang apa.

@Mama JnJ~Ya bah sis, cinta bertahun2 pun boleh hilang, saya takut ooowh!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More