25 October 2010

Isteri Dibelasah, Kepala Dicukur Sehingga Botak, Dan Muka Dikencing Oleh Si Suami Sebelum Si Suami Lafazkan Cerai Talak Tiga! Gila!

Credit gambar: Laman Seri
Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing oleh suaminya sebelum suaminya menceraikannya dengan lafaz cerai talak tiga ketika kencing di muka isterinya.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Menurutnya mangsa dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. Dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. 

Pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf.

Bagaimanapun, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya.



P/s: Teruknya si suami, kenapa sampai macam itu sekali dia layan isteri dia. Memang dasar binatang! Time perlu disayang-sayang, time marah ditangan-tangan.

16 Sweet Roses!:

@StellaClaire-Richard~Sialnya kan? Sudah dia dera, adakah patut dia p kencing lagi? Ish ish ish!

@StellaClaire-Richard~Betul tu stella, nasib baik si isteri buat laporan polis, sial betul owh lelaki macam tu!

apo punya manusia la ituh orang ..mano die ..gua nak tampor die laju2

kurang ajar jugak...bikin panas..mau cerai..cerai jak la..napa jugak mo didera dulu........

Pigi mampus lah ni manusia...

Cua ko tgk bah, bini dia lari, tercari-cari juga, memujuk balik juga...insaf lah kenen.

Cehhhh! tau2 balik perangai lama lepas wifey balik...eee!

Gilaaa...betul!

@one2paii~Hahaha, dah masuk lokap, pelik betul la, kenapa sampai nak kencing muka orang? Yikes!

@rinaDOrina~Tu la bah orang ni gink, aku pun pelik bah, terlampau panas paran, plus gila!

@Wyne Ren @ Mauve Ocean Blue~Gila kan? Time dia perlu jak dicari, bila tia perlu kana dera, kasian owh!

Ni kata orang tua2 panas baran tak bertempat. Baran ikut suka je bila nak baran...
Sebenarnya sy rasa masakan isteri dia tak cukup gula, tu yang dia dok kencing sebab air kencing dia ada gula...:-)

@abma~Hahahaha, aduiiii, hampir tersembur keluar nescafe yang saya tengah minum, ada2 jak, ekekeke!

@Just~Nda tau dia ni ada rasa menyesal ka tidak lepas buat tu, mulau.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More