08 October 2010

Ikan Nemo (Clown Fish) Boleh Tukar Jantina Sendiri? Huiyooo!

OMG! Your Mommy Was Your Daddy!

Hai guys, baru saya teringat, semalam tengok Animal Planet (my favourite channel), ada satu siri pasal Animal Mating & Sexual Strange Behavior. Best tau, yang paling saya suka ialah pasal ikan Nemo yang boleh switch gender.

Apa itu switch gender? Maksudnya, ikan nemo ni, boleh bertukar dari jantan ke betina. Hebatkan? Tak payah buat pembedahan, ekekeke!

Bila ikan betina mati, semua ahli dalam koloni ini akan naik satu level.

So first kita tengok hierarki koloni ikan nemo. Di tangga paling atas ialah ikan betina reproductive (saiz paling besar) yang subur dan boleh membiak. Di tangga kedua ialah ikan jantan reproductive yang akan mengawan dengan betina reproductive. Di tangga paling bawah ialah beberapa ekor ikan jantan yang mandul.

Bila ikan betina mati, ikan jantan reproductive akan mengalami pertambahan saiz badan dan akhirnya bertukar menjadi ikan betina. Manakala ikan jantan mandul yang paling besar akan mengambil tempat ikan jantan yang telah menjadi ikan betina tadi. So hierarki sesebuah koloni ikan nemo terjaga, dan mereka boleh terus membiak.

Yang peliknya, bila ikan nemo menetas, semuanya adalah jantan! Hanya ikan jantan reproductive yang terpilih akan bertukar menjadi betina dan ikan betina inilah yang akan menjadi ketua dan penjaga kawasan koloni ini.

Hebatnya kuasa Tuhan. :)





24 Sweet Roses!:

wahhhh..leh switch gender camtu je ek? menarekkk~

*i dtg & follow u balik ;-)

@Kuman Chaos~Hahaha, tak payah habiskan duit tukar jantina, ekekeke! :p

@Rahimah Ramlan~Thanks dear, hehehe, glad you like it... :)

bestnya nemo... rasenya la, nemo ni suka jd jantan ke betina?

perghh..dasat2..baru tahu nie..tp skang manusia pun dah pndai tukau jantina,so x heran da..hehe

@zuanxi~Suka jadi jantan kot, tapi kalau terpaksa, bertukar jadi betina, ekekeke!

@one2paii~Hahahaha, itu lain geng, itu mau keluar duit lagi, ini FOC jak, ekekeke!

hebat.. sgt menarik... nmpak nya ikan betina akan mengawal segalanya.. (ketua)

@Lizzie Yasmin~Ya fren, ikan betina yang menguasai koloni. Dorang juga yang akan mempertahankan koloni drpd musuh atau penceroboh. :)

seekor ikan nemo sedang mem'follow' ikan nemo betina daripada belakang. belangnya yang cantik, siripnya yang gemalai, lenggok ekor yang menawan terus sinemo jantan menerkam daripada belakang...
tiba-tiba ikan nemo tu berpusing dan berkata
"Surprise...abang datang cepat sangat, lagi 1 jam saya baru tukar jadi betina..."

@jomsantaisekejap~Hahahaha, adoiii, lawak eh, bila saya bayangkan cerita diatas ni, ekekeke!

ziarah blog sahabat......pe khabor
http://0rangkampung.blogspot.com/

best jugak info ni. aku suka channel tu tp yg bikin mengantuk kalau ulang2 jugak benda yang sama ditayang kan

@Sasa Al-Sharif~Ya bah, tekanan juga kadang2 tengok, balik2 kana ulang, huhuhu!

Hi... Sya follow ko sudah... Hehe... Thanks for following me... Now, i follow you. Happy Blogging...

@MosePA~Thanks fren, happy blogging too ya! :)

@Notami~Thanks dear! :) Lain kali kita cerita pasal haiwan lain lagi, hehehehe...

wah menarik la entry ni..baru je ciktom tahu..selama ni tgk nemo tue cantik!!xtau fakta camtu..huhu..nice 1~

@Tomato Gurl's Life~Saya pun terkejut beruk ni Cik Tom. Tak sangka kan, untuk survival, macam2 hal pelik boleh jadi :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More