26 October 2010

Gadis 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Kerana Lari Selepas Ditangkap Melakukan Maksiat Dengan Tiga Lelaki

Anak panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.

Seorang gadis sunti berusia 12 tahun menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai, Petaling Jaya. Gadis tersebut dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan maksiat.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu. Remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka. “Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ. Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.



P/s: Astaga budak-budak ni, ingat sedap saja, nah apa sudah jadi, takziahlah kepada keluarganya, haizzzz. Aku pun nda tau mau komen apa. Rest in peace jak la. 

18 Sweet Roses!:

ish ish ish.. umur baru 12 tahun..

Adui..masi budak lg ba..alalalaaa...

Adui..masi budak lg ba..alalalaaa...

kasihaan~~~
1. kasihan sb dia sia2kan dirinya..
2. kasihan sb mati macam bgtu..

umur 12tahun sudah pandai buat x tentu. ni gara2 pengaruh video la ni

Naaah, trus mati katak...
Tapi nda buli kasi salah dia 100%, di bawah umur...
Patut ada yang bimbing dia nie...

@EVE~Sayang kan, haizzzz, kasi jadi pengajaran ni.

@StellaClaire-Richard~Baru 12 tahun, sudah jadi macam tu, kalau sudah besar nda tau jadi apa.

@Wyne Ren @ Mauve Ocean Blue~Palis2, takut owh, nasib baik adik2 saya nda juga begitu.

@suichi~Nda sempat dia berubah kan fren? Mudah2an jak dia RIP.

@Sasa Al-Sharif~Pengaruh video, pengaruh rakan sebaya, salah pilih kawan inilah jadinya.

@Sasa Al-Sharif~Pengaruh video, pengaruh rakan sebaya, salah pilih kawan inilah jadinya.

@Sumandak Kinabalu~Nda pula dikasi tau macam mana keluarga dia kan? Harap2 dorang sabar jaklah. Apa boleh buat.

uiii sasa, taw2 pulak dia pengaruh vedio....kahkahkah...;P~


tapi mmg ba,...hishhh...kesian tu budak...

@Catherine-~Hahahaha, tukang tilik bah si sasa tu cat, ekekeke!

Sesuatu harus dilakukan dengan segera. beberapa hari lepas seorang budak perempuan mengaku melakukan seks dengan rakannya sewaktu ibubapa tiada dirumah. Ni kes yang mcm ni pulak....
Terlalu banyak pengaruh samada bermula daripada rumah, sekolah mahupun sekeliling yang mempengaruhi kehidupan sosial masakini... Cerita2 begini jarang2 kita dengan pada 20 atau 30 tahun yang lalu...but now? Something has to be done...Errrrr Senator Azura, tolong bentangkan di Parlimen ye.

@jomsantaisekejap~Itulah masalahnya dengan budak2 sekarang, saya pun takut owh. Teknologi maju susah, mundur pun susah kan.

P/s: Hahaha, eh bila masa pula saya jadi senator ni ah, kalau saya jadi senator susah, sebab mau cuti terus, wakakakaka! (Kejam)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More