29 October 2010

Cinta Terhalang. Penoreh Getah Meninggal Dunia Setelah Dipaksa Minum Racun Oleh Keluarga Teman Wanitanya.


Gambar menunjukkan Mohd Muda yang sedang bertarung nyawa. 

Selepas sembilan hari menanggung derita akibat dipaksa minum racun oleh empat lelaki tidak dikenali, Mohd Muda, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.30 pagi, semalam.

Mangsa menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dihantar keluarganya apabila mendapati dia yang bekerja sebagai penoreh getah mengadu sakit perut dan muntah sebelum rebah di dapur rumahnya ketika makan tengah hari. Sebelum meninggal dunia, mangsa mengalami komplikasi dan koma buat kali kedua sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Bagaimanapun sebelum meninggal dunia, polis sempat merakam percakapan mangsa dan siasatan kes dipindahkan daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun kepada Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh.

Siasatan awal polis percaya hubungan cinta tidak direstui menjadi punca mangsa dipaksa minum racun empat lelaki terbabit termasuk bapa saudara kekasih mangsa berusia 39 tahun.

Bapa saudara kekasih mangsa ditahan pada Rabu iaitu sehari selepas kejadian dan susulan tangkapan itu, polis menahan dua lagi suspek, bapa tiri gadis berkenaan berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 17 tahun, abang gadis terbabit yang ditahan dua hari kemudian.



P/s: Bodoh betul! Kalau tak suka kenapa sampai mau paksa orang minum racun? Orang yang buat tu bukan budak2, dorang tak fikir ka kesannya? Otak simpan di lutut kali, bodoh! Baguslah dakwaan cubaan membunuh sekarang sudah jadi dakwaan membunuh. Gantung jak lah orang gila macam tu. Macam tiada cara penyelesaian lain selain membunuh. IDIOT!

13 Sweet Roses!:

betul zura..pelik xsuka smpi paksa minum racun...bodoh betul..kalau xsuka sudah la..ni smpi kes nak membunuh..

yang dia nie pun g minum watpe...
aduhaii, xgtau awal2 lak tue.
kesian, die for nothing :(
semoga Allah menempatkannya di kalangan mereka yang beriman

ntah2..4 org lelaki tu ada konspirasi sendiri..yela..zaman sekarang..haruan makan anak banyak sgt dah..

ish de gak orang camtuh erk..

@Tomato Gurl's Life~Haizzz, kesian juga kan? Cik tom, manusia sekarang ni kan, makin kejam, gara2 marah sanggup buat macam2, langsung tak fikir akibat dr perbuatan dorang...

@tengkorakemas~Hahahaha, yaloh ada kemungkinan juga kan? Tiada pula disebut pasal mum budak perempuan tu.

@one2paii~Sekarang ni macam2 jenis orang pun ada, seram owh!

Kesian ni ada jua kes ni mcm kan

@beatyKesian kan? Dia ada komplikasi teruk, sebelum meninggal koma lagi, kesian owh, nasib baik polis sempat juga ambil keterangan dia.

@beatyKesian kan? Dia ada komplikasi teruk, sebelum meninggal koma lagi, kesian owh, nasib baik polis sempat juga ambil keterangan dia.

Aduiiiii, pasal cinta badan merana...
Mungkin ada lah something dorang ugut nie, takkan lah dia minum tu racun begitu saja...
I am speechless, don't know what to say...kerana cinta, manusia sanggup mengambil nyawa orang lain...

@Sumandak Kinabalu~Dia dipaksa minum, nda tau racun apa dorang kasi minum ni, ish ish ish. Ditangkap sudah tu yg terlibat, mudah2an dapat hukuman setimpal.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More