18 October 2010

Bunuh Diri Kerana CINTA? Buat Apa?

Pihak bomba sedang mengutip serpihan mayat.
Geram betul baca kosmo online tadi, gara2 cintanya dengan seorang lelaki tidak direstui oleh keluarga, janda beranak empat sanggup bunuh diri dengan baring di landasan kereta api sebelum badannya berkecai digilis kereta api.


Kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan kereta api itu sebelum bertindak berbaring di atas landasan apabila mendengar kehadiran kereta api.

Pemandu kereta api itu dikatakan nampak wanita itu dan cuba memperlahankan kereta api tetapi gagal. Akibatnya, badan wanita itu berkecai akibat digilis kereta api.

Hairan. Kenapa senekad dan segila itu? Kenapa lebih memikirkan cinta? Kenapa tak fikir pasal EMPAT orang anaknya? Kenapa kenapa kenapa?

Haizzzz, pelik betul manusia sekarang ni. (mengeluh)


(Link)




12 Sweet Roses!:

OMG! mmg gila la c janda ne... pity to the pmandu kreta api.msti dia rasa brsalah tu kan..huhu..

OMG! Mau cakap s****d tapi tidak sampai hati...
Kenyataan memang pahit untuk di telan tapi kenapa juga sampai mau bunuh diri. Kesian anak-anak dia tiada sudah yang boleh dipanggil 'Ibu'...
Semua masalah ada jalan penyelesaian, yang penting jangan sekali-kali putus asa...

@Michelle Sung~Ya bah geng, kompom si driver ni seumur hidup trauma, palis2...

@Sumandak Kinabalu~Itu yang saya geram tu, kesian bah sama anak2nya, ish kenapa bah sanggup kasi tinggal anak2 gara2 cinta... :'(

org skang,xdapt cinta jerk nk bunuh diri..cinta pada allah x mo cari..mati sia2 jerk..o0o0hh x gak..feemes sebab masuk paper muke depan..nape la x pikir dulu tindakan yang akan beliau hadapi..sape nak jaga anak2 beliau pasnie..alfatihah

@one2paii~Harap berita macam ni jadi pengajaran kepada semua. Sedih kan? Sapa yang boleh jaga anak2nya? mau harapkan mak bapa lagi?

...aduh...apa lah nasib anak-anak dia tu...

@Wyne Ren @ Mauve Ocean Blue~Nda tau la geng, sa harap ada orang dapat jaga dorang dengan baik, lebih baik dari cara mama dorang jaga dorang dulu... :'(

Biasanya punca bunuh diri adalah disebabkan cinta, tekanan hidup, dan masalah kewangan. Maybe telalu banyak tekanan yang dia lalui menyebabkan beliau tidak berfikir panjang dan malangnya bunuh diri saja jalan yang dia dapat fikirkan.
Kata orang untuk meredakan tekanan adalah dengan mencari ketenangan dan untuk mencari ketenangan adalah dengan mendekatkan diri kepada agama masing2...tidak kira apa agama kita...
Sometimes it's better to think about other people rather than about yourself.
Macam biasa... people always fail to plan but never plan to fail :-)

@jomsantaisekejap~Wow! Kamu memang selalu bagi pendapat yang bernas, thanks dear, hihihihi. Memang bestlah baca komen kamu ni. :)

aku ronda2 entri ko. ni yang buat aku seram sikit. gila betul

@Sasa Al-Sharif~Maybe terlampau tertakan sudah bah tu kan Sasa, sampai sanggup dia tinggalkan anaknya p bunuh diri, ish ish ish...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More