12 October 2010

Bayi Bertuah 10.10.10.10:10:10



Seorang ibu melahirkan bayi perempuan pada pukul 10 pagi 10 minit dan 10 saat pada 10 Oktober 2010 di Hospital Good Hope di Sutton Coldfield, Britain. Keelie Hearne melahirkan anak perempuannya itu seberat 1.68 kilogram yang diberi nama Niamh Bond.

Sebuah jam digital mencatatkan masa kelahiran bayi itu dengan tepat.

Hearne yang berusia 20 tahun berkata:"Apabila saya merenung ke arah jam dan melihat sepuluh saat, saya berasa terkejut besar." Menurutnya, tarikh lahir anaknya dianggap terlalu istimewa kerana kelahiran itu merupakan yang pertama buat dirinya. "Dia (anaknya) amat kecil dan mempunyai jari-jari yang halus. Dia amat cantik," katanya. Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal daripada jangkaan asal.

Pasangan hidup Hearne, Dean Bond yang berumur 22 tahun yang masih belajar cara-cara menurap bata di sebuah kolej menganggap kelahiran anaknya itu merupakan hari yang paling bertuah dalam abad ini. Bond berharap kelahiran anaknya itu akan memberi tuah untuk keluarganya. 




P/s: Wow! Hebat juga baby ni, hehehehe. One in a million!

6 Sweet Roses!:

azura, sy cadangkan kalaulah u kahwin tahun depan, cuba dapatkan baby 11.11.11.11.11.11 pulak...
Kalau tak berjaya cuba lagi tahun depan pulak 12.12.12.12.12.12
Kalau tak berjaya jugak, maybe u boleh cuba
13.13.13.13.3.13.... dan berikutnya sampai u berjaya.. Good Luck.
Bring it on... :-)

@jomsantaisekejap~Muahahahaha, macam mana nak buat anak, kalau calon suami pun blum ada, ekekekeke!

dari tadi try komen nda dapat ni..harap2 dapatlah kali ni..
bagus betul dia punya tarikh lahir sama masa dia lahir ni..hehe very the unik

wow..the baby mmg bertuah...:)
10.10.10.10.10.10..yeay!!

@Mama JnJ~Ya bah, bestnya kalau ada anak lahir macam ni, ekekeke!

@StellaClaire-Richard~Susah percaya kan? Hehehehe, hebat mom dia ni...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More