11 October 2010

5 Benda Yang Kita Tidak Ingin Jumpa Dalam Makanan Kita [Part 1]

Nak tahu apa 5 benda tu? Jom layan entry ni! :)


1. Bangkai Katak Dalam Tin Coca-cola.
Fred DeNegri yang kepenatan setelah berkebun membuka tin Coca-cola Diet untuk menghilangkan dahaga. Dia muntah setelah meneguknya kerana rasanya yang melekit dan berlendir. Dia terus memuntahkannya ke sinki dan apa yang dia lihat ialah beberapa ketulan berwarna gelap. Dia terus menghubungi bahagian kawalan racun (FDA) untuk mengenal pasti kandungan sebenar dalam tin itu. Akhirnya keputusan ujian menunjukkan ketulan2 itu ialah katak. Yikes!



2. Bangkai Tikus Dalam Sos Masala.
Cate Barrett yang tengah sibuk menyiapkan makan malam untuk dia dengan bfnya, tidak menyangka sos kegemarannya yang baru dibeli itu mengandungi bangkai tikus. Semasa mengaulkan sos itu untuk dituangkan ke piring, Cate Barrett menjumpai ekor dan misai. Dia tahu itu adalah bangkai tikus. Bangkai tikus dan botol sos dihantar ke kedai, dan manager kedai tersebut memohon maaf dan berjanji untuk menghantarnya untuk ujian makmal.


3. Pisau Dalam Sandwich.
John Agnesini sangat terkejut apabila menjumpai pisau dalam sandwichnya. Dia bernasib baik kerana tidak mengigit sandwich itu, dan dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Tapi selepas beberapa jam, perut dia berasa sakit dan dia terus berjumpa dengan doktor.


4. Bangkai Lipas Dalam Anchovy Snack.
Seorang lelaki nyaris termakan bangkai lipas yang terdapat dalam keropok kegemarannya. Bangkai itu hampir tidak kelihatan kerana disaluti dengan biji sesame.


 5. Jari Manusia Dalam Custard Sejukbeku.
Clarence Stowers terkejut apabila menjumpai jari manusia dalam custard sejukbeku yang dibelinya dari sebuah kedai. Dia hampir menelannya kerana menyangka ia hanyalah gula2. Dia teriak setelah menyedari ia adalah jari manusia.




P/s: Kalau suka, please click like and share, hehehe, next time sambung dengan Part 2 ya.

12 Sweet Roses!:

mak ai, fuhhh mintak jauh2 la bende ni

oh, giha cuma pernah jumpa tissue dlm burger prosperty mcD dekat kelana jaya.

pengotor!

@suffer8zine~Huhuhu, kalau saya yang jumpa jari manusia tu, terus saya pengsan oowh!

@giha lalala~Serious ke? So, giha tak report? Nasib baik tak masuk perut, ish ish ish!

alamak jari manusia biar betul.. mmg ngeri...

@ila~Ngeh3x, yang paling teruk jari manusia tu, eeee, confirm saya trauma seumur hidup, ekeke!

@Lizzie Yasmin~A'ah, operator kilang tu hilang jari wantu packing custard tu, dorang tak perasan pula masuk dalam tin yg dah siap packing, ish ish ish...

Hari tu saya lihat ramai orang dok berkumpul kat kedai mamak. Mulanya saya tak kisah sangat tapi lama-lama diorang dok kecoh. Saya mula suspens. Sorang member tu panggil mamak kat situ dan tanya sapa yang masak kari tu. Sorang mamak pun datang dan tanya ada apa, member tu pun suruh mamak tengok betul2 dalam kari. ayoyo banyak sorry, bukan saya letak ini kepala.
Tak pe mamak. Saya cuma mahu cakap ini kari kepala ikan memang sedap!!!

@jomsantaisekejap~Hahahaha, suspen betul la, ingatkan kepala apa tadi, eekkekekeeke!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More