30 October 2010

Bapa Cabul Anak Sendiri Selama 7 Tahun. Si Ibu Pula Hanya Mendiamkan Diri.


Apa nak jadi dengan si bapa ni. Sudahlah penagih dadah, pencabul lagi. Anak sendiri pun dia mahu cabul, gila seks ka? Kesian dengan budak perempuan tu (sekarang berumur 14 tahun), dia sudah dicabul oleh bapanya sejak 7 tahun lalu. Si ibu pula hanya mendiamkan diri. Teruk!

Bapa mangsa sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan.

Si anak pula, sudah banyak kali cuba membunuh diri. Nasib baik ada ibu saudara dia, Kamisah yang prihatin. Dialah yang lapor polis sebab dia kasihan tengok anak saudaranya trauma. Tapi dia tidak berpuas hati dengan tindakan ibu mangsa yang mahu menarik balik dakwaan kerana dia tidak mahu suaminya ditangkap.


29 October 2010

Cuba Kamu Try Kasi Makan Ikan Kamu Pakai Botol Susu


Comel kan? Geramnyaaaaa, cubitlah ni. Nanti suruh mama ajar ikan dirumah tu makan macam ni. :p


Gadis Remaja Dibunuh Dan Disumbat Dalam Beg Pakaian Sebelum Dibuang. Kejam!

 
MAYAT seorang perempuan belasan tahun ditemui dalam sebuah beg di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.
Setiap hari ada saja kes pembunuhan yang kita dengar atau baca di akhbar. Kenapa ya manusia boleh bertindak sekejam ni? Kenapa tak cuba fikir kesan perbuatan bodoh dorang ni? *Speechless*


Cinta Terhalang. Penoreh Getah Meninggal Dunia Setelah Dipaksa Minum Racun Oleh Keluarga Teman Wanitanya.


Gambar menunjukkan Mohd Muda yang sedang bertarung nyawa. 

Selepas sembilan hari menanggung derita akibat dipaksa minum racun oleh empat lelaki tidak dikenali, Mohd Muda, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Wakaf Tapai, Marang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.30 pagi, semalam.

Mangsa menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dihantar keluarganya apabila mendapati dia yang bekerja sebagai penoreh getah mengadu sakit perut dan muntah sebelum rebah di dapur rumahnya ketika makan tengah hari. Sebelum meninggal dunia, mangsa mengalami komplikasi dan koma buat kali kedua sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Bagaimanapun sebelum meninggal dunia, polis sempat merakam percakapan mangsa dan siasatan kes dipindahkan daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun kepada Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh.

Siasatan awal polis percaya hubungan cinta tidak direstui menjadi punca mangsa dipaksa minum racun empat lelaki terbabit termasuk bapa saudara kekasih mangsa berusia 39 tahun.

Bapa saudara kekasih mangsa ditahan pada Rabu iaitu sehari selepas kejadian dan susulan tangkapan itu, polis menahan dua lagi suspek, bapa tiri gadis berkenaan berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 17 tahun, abang gadis terbabit yang ditahan dua hari kemudian.



P/s: Bodoh betul! Kalau tak suka kenapa sampai mau paksa orang minum racun? Orang yang buat tu bukan budak2, dorang tak fikir ka kesannya? Otak simpan di lutut kali, bodoh! Baguslah dakwaan cubaan membunuh sekarang sudah jadi dakwaan membunuh. Gantung jak lah orang gila macam tu. Macam tiada cara penyelesaian lain selain membunuh. IDIOT!

27 October 2010

Senarai Peserta Ruang Iklan & Banner [UPDATE DAILY]





Jika berminat, dapatkan nombor giliran di entry "Ruang Iklan & Banner Percuma Setiap Minggu (KHAS UNTUK FOLLOWER)"

Episode 1 (25hb-31hb Oct'10)
#1 cGio
#2 I Love Oldies
#3 Ms Nury
#4 Erna Morgan

Episode 2 (01hb-07hb Nov'10)
#5 Bite The Bundlicious
#6 Cik Tom
#7 Fantastic Ajane
#8 Kuman

Episode 3 (08hb-14hb Nov'10)
#9 Fadhilah Mn
#10 Biskut Chipmore
#11 StellaClaire-Richard
#12 RinaDOrina


Episode 4 (15hb-21hb Nov'10)
#13 Yats
#14 Just
#16 WSB

Episode 5 (22hb-28hb Nov'10)
#17 Sasa
#18 Ayie
#19 Apul
#20 OhDaus

Episode 6 (29hb Nov-05hb Dec'10)
#21 Shima
#22 Steph
#23 mXandra
#24 Ida

-----------------------DITAMATKAN-----------------------

Matilah Saya Kena Panggang Ni!


Huhuhu, kelmarin dapat notis dari SESB yang bekalan elektrik kawasan tempat kerja saya ni akan ditutup dari jam 10 pagi ni sampai jam 2 petang. Aduiiii. Matilah ni kepanasan di office. Tapi tak kisah jugalah. Yang paling menyedihkan ialah saya TIDAK DAPAT ONLINE! Huhuhu. Bosanlah ni. Baru jak mo lepak di WSB CHatrum. Jawab semua teka-teki si boss. Manalah tahu kalau dapat jawab teka-teki si boss kena blanja ABC. Hahaha! Jangan ko demam sana ah boss.

Oh ya, saya ada mau tanya bah ni. Kalau kita mau daftar blog lain masuk Nuffnang, mau buka akaun baru ka? Saya trauma owh dulu gara2 saya tambah blog lain, terus status Nuffnang saya jadi non-geligelihati. Hati saya pun ikut non-geligelihati nampak duit Nuffnang jatuh tinggal sen2. Saya sudah hantar ticket pertanyaan. Cepat owh dorang jawab. Nah ini jawapan dorang.


Ermmm, dia bilang boleh tambah blog lagi, tapi mesti terus letak code iklan Nuffnang supaya status tak terganggu. Ermmm. Still takut ni. Risiko tinggi bah, ekekeke. Takut BE punya income jatuh. So saya harap siapa2 yang ada jawapan untuk masalah saya ni, tolong ya, ekekeke.

Hidup seharian di office macam biasa, stress dengan perangai bini boss and kerani di HQ. Awal2 pagi sudah telefon marah2, bencilah. Pasal kaunter bas Ali Topan salah buka bill pun bising. Bukan saya yang buka bill. Terus saya kasitau, bukan saya yang tulis tu bil, bukan saya yang hantar tu barang. Kotoh! Ambik mu! Apa kau rasa oren? 

Semua mau kasi salah sama saya. Harga barang salah kasi salah saya. Bill buka salah kasi salah saya. Apa punya orang. Hairan owh kenapa dorang ni tak terus marah sama orang yang responsible for that. Bila saya tanya, "kamu mau saya kasitau orang tu ka?", terus dorang cakap, tak payahlah, biarlah. Owh jadi saja mau lepas geram sama saya ka? SHIT!

Sekarang tunggu masa untuk blackout jak ni, nasib baik sempat juga update entry, ekeke. Sayonara semua, happy blogging ya! :)

Sotong Peramal Piala Dunia 2010, Paul Mati. Kesiannya!

Gambar menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.
Siapa tak kenal dengan si Paul, sotong kurita yang menyebabkan peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia. 

Sotong ini juga pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010. Selepas perlawanan piala dunia itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal iaitu membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.


Pihak pengurusan Sea Life mungkin akan menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium dan mendirikan satu makam sederhana yang kekal untuk memperingati Paul.




P/s: Rest in peace Paul. Comelnya si Paul ni, sedih pula dia mati, huhuhu.

26 October 2010

Ruang Iklan & Banner Percuma Setiap Minggu


Hai semua apa kamu buat tu? Hehehe, saja buat entry ni, malas nak tengok ruang iklan tu kosong, macam berlubang pula dinding rumah banglo ku ni. So sapa2 yang berminat, just bagi link banner and url website dekat ruang komen. Ada 4 kekosongan, silalah isi ya. 

Ruang ini dibuka setiap minggu, dan banner & iklan akan diberi mengikut giliran. First come first serve basis. Saya buat percuma saja. Biarlah untuk bantu kawan2 setakat yang saya mampu. Hehehe.

Sapa2 pun boleh mohon ya, sapa cepat dia dapat. Jangan risau, kalau minggu ni tak dapat siarkan, tunggu jak minggu seterusnya, semua yang mohon akan dapat peluang. Banner akan ditampal disitu untuk seminggu. Tiada bayaran. Hehehe.

Siri pertama akan disiarkan minggu depan (25hb-31hb Oct'10) kalau minggu ni dapat kumpulkan 4 banner. Pastikan details lengkap okay. :)

Saiz banner ialah 125x125. So grab it now! Simpan no giliran yang saya bagi nanti dan sila tengok masa siaran iklan & banner di entry "Senarai Peserta Ruang Iklan & Banner [Update Daily]"


P/s: Thank you Nuffnang sebab bagi BE lagi. Credit to IBM Lotus Live & Celcom KL Dragons.
    
-----------------------DITAMATKAN-----------------------

Gadis 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam Kerana Lari Selepas Ditangkap Melakukan Maksiat Dengan Tiga Lelaki

Anak panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.

Seorang gadis sunti berusia 12 tahun menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai, Petaling Jaya. Gadis tersebut dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan maksiat.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu. Remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka. “Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ. Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.



P/s: Astaga budak-budak ni, ingat sedap saja, nah apa sudah jadi, takziahlah kepada keluarganya, haizzzz. Aku pun nda tau mau komen apa. Rest in peace jak la. 

25 October 2010

Lelaki Gila Seks Ditahan Kerana Tunjuk Kemaluannya Kepada Isteri Orang



Credit gambar: Zukidin

Padah kerana menunjukkan kemaluannya, seorang lelaki kemaruk seks ditahan suami pemilik rumah yang disewanya sebelum diserahkan kepada polis di Pandan Jaya, di sini.

Lelaki warga Pakistan terbabit menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 20-an yang juga pemilik rumah disewanya ketika berada di tandas rumah berkenaan.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit yang berusia 30-an dan bekerja sebagai tukang sapu pada mulanya menggunakan bilik air di rumah itu. Mungkin disebabkan ghairah melihat pemilik rumah sewanya, dia membuka kainnya dan menunjukkan kemaluan kepada wanita itu.

Melihatkan tindakan lelaki terbabit, wanita itu takut, namun mendiamkan diri sebelum menceritakan kepada suaminya. Suami mangsa yang berang dengan tindakan lelaki terbabit memaklumkan kejadian tersebut kepada polis.




P/s: Hahahaha, kenapa pula datang sot si alaka ni pigi tayang dia punya belalai? Kotoh, kan kena tangkap!

Isteri Dibelasah, Kepala Dicukur Sehingga Botak, Dan Muka Dikencing Oleh Si Suami Sebelum Si Suami Lafazkan Cerai Talak Tiga! Gila!

Credit gambar: Laman Seri
Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing oleh suaminya sebelum suaminya menceraikannya dengan lafaz cerai talak tiga ketika kencing di muka isterinya.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Menurutnya mangsa dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. Dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. 

Pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf.

Bagaimanapun, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya.



P/s: Teruknya si suami, kenapa sampai macam itu sekali dia layan isteri dia. Memang dasar binatang! Time perlu disayang-sayang, time marah ditangan-tangan.

22 October 2010

Sedih Bila Hati Disakiti Oleh Orang Yang Paling Kita Sayang

Hatinya yang dulunya ceria, happy, penuh dengan gelak ketawa kini sudah mati. Mungkin kerana dia sudah penat. Penat dengan sikap semua orang yang tak habis-habis kecewakan hati dia. Apa yang paling menyedihkan dia ialah bila dia ditipu oleh orang yang paling dia sayang. Dia sudah cuba memperbaiki hubungan ini. Tapi masih saja hati dia yang terluka. 

Akhirnya dia sudah tidak mampu berjuang lagi. Dia sudah penat. Dan dia mengaku kalah. Biarlah dia mengundur diri. Dia tahu dia pasti akan sedih dengan perpisahan ini. Tapi dia yakin satu hari nanti, dia pasti mampu tersenyum kembali.

They say follow your heart but when your heart is in so many pieces, which way are you to follow?

19 October 2010

Beautiful Award Dari Miss Ant! :)



Yay! Dapat award yang sweet ni dari Miss Ant. Thanks ya dear sebab bagi penghargaan ni, saya sebenarnya malu-malu meow meow juga terima award ni sebab saya pun masih belajar juga pasal blogging ni. Hehehe. Oh ya you all jangan lupa singgah ke blog Miss Ant tau!

1. Thank the person who gave you this award and the link of the person.
Big bear hug to MISS ANT for giving me this award.


2. Spread this award to 15 blogger who you like and think their blog is awesome.


(Kalau kamu sudah pernah dapat takpalah, anggap jak renew balik award ni ya, ekekeke!)


3. Tell 7 things about yourself.

Always think about family first Sangat sayangkan haiwan Sayang guitar & lappy Friendly & banyak cakap Funny & maybe mulau sikit Tak jawab call & sms dari nombor tak dikenali Berani tampar lelaki kurang ajar & gatal

Happy sebab dapat BE lagi, thanks semua, tanpa kamu semua, sapalah saya. <3

Tutorial - Download Photo Albums From Facebook (FIREFOX ONLY)

Hai semua, pernah tak kamu rasa geram bila nak download semua pictures dari photo albums dalam Facebook? Kalau 10 atau 20 pictures masih boleh tahan la, tapi kalau sudah sampai beratus-ratus dalam satu album macam mana? Takkan nak buka satu-satu picture dalam album then click save image as? Baru satu album, kalau nak download pictures dari album lain lagi, macam mana? Hahaha! 

Bila timbul masalah teknikal macam ni, jangan susah, tanya jak Mr Google, semua soalan pasti ada jawapannya, yang penting you all kena rajin cari dan sabar. 

Kebetulan hari ni manager minta tolong download semua picture dalam album kelab persatuan (Facebook) yang dia ikut. Dia malas klik satu-satu untuk save. Pandainya dia suruh saya pula, ish ish ish. Saya ingatkan satu album jak (itupun sudah ada 199 biji gambar dalam album tu), rupa-rupanya ada 8 album (masing2 lebih 100 pictures)!!! Ini tak boleh jadi, takkan saya nak click satu2 untuk save? Kan buang masa saya?

Lepas bermesra sakan dengan si Mr Google, akhirnya ini jawapan yang dia bagi: 
FacePAD! Now you want to download these photos, instead of downloading them one by one you can save plenty of time by downloading the full album with a single click!

Apa itu FacePAD? FacePAD ialah free extension yang hanya terdapat dalam MOZILLA FIREFOX. Extension ini membolehkan kita download semua picture dalam photo album di Facebook dengan hanya sekali click. Senangkan? Tapi you all mesti download dulu extension ni baru boleh pakai okay. Just ikut steps dibawah. Kalau gambar tak jelas, click saja for larger view.

A) Download FacePAD
1. Buka Mozilla Firefox. Click TOOLS>Add-ons.


2. Click "Get Add-ons", taip "FacePAD" dan tekan enter. Lepas tu click "Add to Firefox".

3. Bila keluar mesej macam ni, just click "Accept and Install".


4. Bila dah siap install, click "Restart Firefox". Tunggu Firefox buka then boleh start download sudah.





B) Download Photo Albums Dari Facebook
1. Pastikan kamu dah ada satu folder khusus untuk download picture. Untuk setkan folder, pergi TOOLS>Options



3. Okay bila dah setkan folder, mouse over to the album yang kamu nak download, right click and click "Download Album With FacePAD".

4. Tunggulah. Sekejap saja tu, ehehehe. Untuk kepastian, check folder yang kamu set tadi.


P/s: Kalau kamu dah cuba dan dapat buat, sudi2lah click like and share, hehehe. kalau tak boleh kasitau ya.

Tawau Bakal Berdepan Dengan Gempa Bumi Yang Kuat!


Holla me amor! Hehehe. Macam mana hari ni, sihat tak? Dah breakfast? Kalau belum pergilah breakfast dulu. jangan skip breakfast tau. Tak baik untuk kesihatan. 

So hari ni, dapat satu lagi berita pasal gempa bumi yang berlaku di Tawau. Ada saya buat entry pasal kejadian ni. Sudah baca ka? Kalau belum, jom baca "GEMPA BUMI BERSKALA 3.8 RICHTER DIKESAN DI TAWAU! TAKUTNYA!". 

Dari apa yang saya baca, Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan. 

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther. "Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," katanya.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.

Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.


P/s: Haizzzz, sekarang ni, banyak betul bencana alam berlaku. Bumi semakin tua. Ditambah lagi dengan aktiviti manusia yang rakus. Selagi kita masih hidup, bersyukurlah dan bergembiralah. Hargailah masa yang kita ada.

18 October 2010

Gempa Bumi Berskala 3.8 Richter Dikesan Di Tawau! Takutnya!

Biarpun my papa orang ranau, and my mama orang tambunan. Saya tetap orang tawau! Hehehe!

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira jam 4.37 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru.




P/s: Uiiiiissshhhh, menakutkan ni, time2 orang tidur mati lagi tu, ish palis2. Mudah2an tiada apa2.

Bunuh Diri Kerana CINTA? Buat Apa?

Pihak bomba sedang mengutip serpihan mayat.
Geram betul baca kosmo online tadi, gara2 cintanya dengan seorang lelaki tidak direstui oleh keluarga, janda beranak empat sanggup bunuh diri dengan baring di landasan kereta api sebelum badannya berkecai digilis kereta api.


Kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan kereta api itu sebelum bertindak berbaring di atas landasan apabila mendengar kehadiran kereta api.

Pemandu kereta api itu dikatakan nampak wanita itu dan cuba memperlahankan kereta api tetapi gagal. Akibatnya, badan wanita itu berkecai akibat digilis kereta api.

Hairan. Kenapa senekad dan segila itu? Kenapa lebih memikirkan cinta? Kenapa tak fikir pasal EMPAT orang anaknya? Kenapa kenapa kenapa?

Haizzzz, pelik betul manusia sekarang ni. (mengeluh)


(Link)




16 October 2010

WASABER Ada Chat Room! Jom Chat Disana Ramai2!

Hai semua, sihat ka semua? Hehehe, hari ni saya banyak kerja nak siapkan, tapi malas la nak buat. Huhuhu. So saya pun singgahlah ke WASABER lepak2 sekejap. Kebetulan hari ni Abg Ed perkenalkan ciri baru dalam blog WASABER tu. Hehehe. Memang canggih bah si admin ni. Ada sudah chat room di blog ni. 

Tadi memang blur juga waktu baru masuk, tak tahu mau berchat sama sapa. Hahaha. Semua berabis ni berchat. So sapa2 nak try chat disana, tapi tak berapa faham macam mana nak join, mari sini.

Mula2 pastikan kamu ni ahli WASABER okay, kalau belum mendaftar, just ikut stepsnya di entry "Dapat Name Tag Baru Dari Wasaber! Lepas Ni Sure Tidak Kena Denda Lagi!". 

Okay kalau nak join chat room, ikut steps dibawah:
Click WSB ChatRoomBah!
Sign Up dulu. Kalau saya, saya pakai Facebook Account jak sign up.

Then bila sudah dapat masuk, click butang "Popout" untuk besarkan screen chat room.

Nah, nampak besar sudah kan? Kekeke. Jom Layanzzzz! Kalau nak keluar, just click butang "Sign Out" tu.

P/s: Kalau gambar tak jelas, just click untuk preview okay! :)

15 October 2010

Malang Yang Tak Berkesudahan. Kalau Kamu Ditempat Dia, Apa Yang Kamu Akan Buat?

Semua kenangan dalam rumah ni habis terbakar. Gambar sekadar hiasan.

Hai semua, sorry tak sempat blogwalking hari ni. Banyak kerja perlu disiapkan, ehehe. Salah sendiri sebab tangguh2 buat. Nah padan muka, kelang kabut siapkan.

Pssstt. Jangan kasi tau boss ya, ekekeke.

Oh ya, semalam saya dengar cerita dari manager saya ni, rumah kawan dia terbakar. Luckily dia dan anak2 dia (5 orang) selamat. Tapi kesian juga, sebab rumah hangus terbakar, tak sempat pun selamatkan apa2 barang. 

Dia pun tak sedar rumah dia terbakar, sebab pagi rabu jam 08.30 dia pergi kerja macam biasa lepas hantar anak2 ke sekolah. Then lebih kurang jam 9.30 jiran dia call bagitau rumah dia terbakar. So dia pun kelang kabut pulang. Bila dia sampai, yang tinggal hanya 3 batang tiang rumah. Semua habis terbakar. Kesian.

Manager saya ni pun dapat tahu lepas baca newspaper. Kesian, nampak gambar kawan dia nangis disitu. Memang nampak dia sedih sangat2. Then manager saya ni pun buat donation untuk kawan (classmate time high school) dia ni, sekarang dia pun tengah busy kumpul classmate2 untuk pungut donation, nasib baik semuanya sudi membantu, at least ringan sikit beban dia kan. Dorang plan kumpul duit before Sunday, sebab Sunday ni dorang nak pergi melawat kawan dorang ni. Dia tinggal sementara dirumah mama angkat anaknya.

Manager saya ada bagitau, yang kawan dia ni, hidup susah dari kecil lagi. Ingatkan boleh bahagia lepas berkahwin, tapi selepas lahir anak kelima, suami dia tiba2 berterus terang sama dia, yang dia ada perempuan lain. So dia takkan tidur dirumah.

Kamu bayangkanlah, kamu ditempat dia, aduiii, sedihnya hati, sakitnya hati. Tapi yang peliknya, suami dia ni, setiap pagi pulang ke rumah untuk sarapan sama2 dia dan anak2nya, then anak pun dia yang hantar ke sekolah. Suami dia juga yang ambil anak pulang dari sekolah. Malam pula suami dia masak untuk dorang sekeluarga, memang dia tak pernah lupa tanggungjawab dia pada keluarga dia ni, duit belanja tak pernah dia lupa bagi, cuma dia takkan tidur di rumah, sebab dia tidur dirumah perempuan simpanannya. 

Bukan satu dua hari, bukan sebulan dua bulan, tapi sudah lebih 10 tahun dorang hidup macam ni. Manager saya pun hairan, kenapa dia tak nak bercerai. Padahal kawan dia ni memang cantik. Manager saya ada bagitau juga, kawan dia ni sudah couple dengan suami dia sejak umurnya 13 tahun, habis jak SPM terus kahwin. Cinta yang bertahun-tahun pun boleh hilang sekelip mata. Takutnya!

Sudah hidup dia macam ni, tiba2 rumah dia pula terbakar, kesian pula. Cuba kamu bayangkan kamu pergi kerja, then kamu pulang rumah, yang tinggal hanya 3 batang tiang? Uissh! Kalau saya memang saya pengsan on the spot, palis2!

Okaylah guys, saya mau sambung kerja saya dulu. Nanti kita chit-chat ya, daaaaa! <3 <3 <3


14 October 2010

Blur Nak Cari Jenama Blog Ni. Ada Idea?


Hai semua, tadi jalan2 baca entry di blog Uncle, dia ada buat satu entry pasal jenama blog ni. Nasib baik Uncle ni tak lokek ilmu pasal tips berblogging. Boleh juga upgrade blog sendiri dengan ilmu-ilmu yang dikumpul dari bloggers otai ni.

So, lepas siap baca entry tu, sakit kepala pula. Sebab tiada idea nak letak nama apa. Huhuhu. Minta pandangan kamu semua untuk bagi saya idea boleh?

List Jenama
1. Nerdy Azura
2. Cute Pen
3. ?????
4. ?????
5. ?????

Seriously, tiada idea owh. Huh... (mengeluh)



13 October 2010

Pernahkah Kamu Rasa Seperti Apa Yang Saya Rasa Sekarang?

Hai semua, apa khabar? Sihat tak? Saya tak berapa sihat, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala, macam2 ada. Tapi saya masih juga datang kerja, kalau stay dirumah, mesti saya rasa tambah sakit. Lagipun tiada yang ganti tempat saya. 

Hari ni saya belajar satu perkara. Orang yang kita benci dan yang kita sangka jahat, tidak semestinya jahat. Dan orang kita sangka bahagia tidak semestinya bahagia. Pelik ka? Hahaha! Entahlah. 

Dalam satu minggu ni, manager baru yang saya cerita saya tak suka tu, ajar saya pasal Accounting Management. Kamu tahu kan ini bukan bidang yang saya suka. Saya ada Ijazah - Major in Animal Biology. Saya prefer kerja di lab atau pun pergi ke ladang2 ternakan haiwan untuk periksa dan bagi ubat kalau perlu. 

Tapi kadang2, dalam hidup ni, kita tak selalu dapat apa yang kita mahu. Macam saya, saya masih tak dapat kerja yang berkaitan dengan Ijazah saya biarpun saya dah banyak kali interview, tapi saya ditakdirkan kerja office (kerja yang paling saya tak suka). Saya ditakdirkan belajar Accounting sedangkan saya paling benci Accounting. Dulu masa Form 4, saya sampai menangis dan mogok lapar sebab papa paksa saya masuk kelas perakauan. Sedangkan saya lebih berminat masuk kelas sains, sebab tu saya berusaha untuk dapat keputusan cemerlang dalam PMR saya. 

Pelik kan? Pernah tak you all rasa macam apa yang saya rasa ni? Apa yang saya mahu dalam hidup saya, saya tak dapat. Tapi saya diberi satu jalan lain yang saya tak suka, tapi kalau saya berusaha belajar dan terima dengan hati yang rela, saya boleh berjaya. Dan mungkin lebih berjaya dan mampu dapat duit lebih banyak daripada kerja sebagai pegawai perubatan.

Saya tak sangka pula manager baru yang saya cerita saya tak suka tu, sebenarnya ada masalah sendiri. Tiba2 saya rasa kasihan pula sama dia. Saya tak sangka dia boleh cerita masalah dia sama saya. Maybe dia rasa tertekan dan tiada tempat berkongsi masalah. Dia cerita masalah keluarga dia, masalah suami dia, masalah anak2 dia. Tiba2 view saya pasal dia berubah. Saya ingatkan dia bahagia sebab gaji dia tinggi, ada suami kerja gaji tinggi, rupa2nya dia cakap selagi dia mampu tahan dan bersabar, dia lebih rela pendamkan. Kesian.

Now I know, semua orang ada masalahnya sendiri. Cuma terpulanglah kepada individu itu sendiri sama ada mahu share ataupun simpan dalam hati.

Ada juga nasihat yang dia bagi saya. Dia mahu saya belajar Accounting betul2. Supaya dia boleh promote saya kerja tempat lain yang ada gaji lebih tinggi. Sebab dia cakap saya cepat belajar, sebab itu dia suka ajar saya (gembira juga kena puji, ekekeke, tambah semangat saya belajar). Dia sudah pesan sama saya, supaya saya jangan resign, tunggulah dulu dia habis ajar saya Accounting, baru resign. Ish lembut pula hati saya. Tapi saya memang berminat sudah ni belajar Accounting. Macam best pula.

Saya harap lepas ini hidup saya akan lebih baik lagi. Saya mahu upgrade diri. Selagi masih mampu. Saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya dulu supaya saya mampu balas budi mama and papa. 

Cinta? Saya buang jauh2 dulu. Nak tahu kenapa? Nanti saya cerita lagi ya. :'(


Pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a person.

12 October 2010

Bayi Bertuah 10.10.10.10:10:10



Seorang ibu melahirkan bayi perempuan pada pukul 10 pagi 10 minit dan 10 saat pada 10 Oktober 2010 di Hospital Good Hope di Sutton Coldfield, Britain. Keelie Hearne melahirkan anak perempuannya itu seberat 1.68 kilogram yang diberi nama Niamh Bond.

Sebuah jam digital mencatatkan masa kelahiran bayi itu dengan tepat.

Hearne yang berusia 20 tahun berkata:"Apabila saya merenung ke arah jam dan melihat sepuluh saat, saya berasa terkejut besar." Menurutnya, tarikh lahir anaknya dianggap terlalu istimewa kerana kelahiran itu merupakan yang pertama buat dirinya. "Dia (anaknya) amat kecil dan mempunyai jari-jari yang halus. Dia amat cantik," katanya. Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal daripada jangkaan asal.

Pasangan hidup Hearne, Dean Bond yang berumur 22 tahun yang masih belajar cara-cara menurap bata di sebuah kolej menganggap kelahiran anaknya itu merupakan hari yang paling bertuah dalam abad ini. Bond berharap kelahiran anaknya itu akan memberi tuah untuk keluarganya. 




P/s: Wow! Hebat juga baby ni, hehehehe. One in a million!

11 October 2010

7 Tips Elak Tetamu Yang Tak Diundang Datang Ke Rumah

Hai semua, hari ni saya kumpulkan beberapa tips untuk mengelak tetamu tak diundang datang mengganggu ketenteraman kita, kekeke!


TIPS 1
Jom alu-alukan kedatangan mereka dengan carpet yang serba "friendly" ini.
TIPS 2
Kalau dorang masih mahu masuk ke dalam rumah, mereka terpaksa menggunakan tangan mayat ini untuk mengetuk pintu rumah kita. 
 



TIPS 3
Masih mahu masuk rumah juga? Takpa, suruh dorang duduk atas kerusi yang ada tengkorak ni.
 


TIPS 4
Masih tak pulang-pulang lagi? Takpa, jemput dorang makan appetizer ni. 



TIPS 5
Nak minum? Offer dorang minum pakai gelas ni.



TIPS 6
Kalau dorang nak ke tandas, sure dorang tak stay lama2 lepas tengok langsir ni.
 


 TIPS 7
Dorang cuba buat rumah you all macam rumah sendiri? Okay letak tarantula mainan yang boleh digerakkan dengan remote control ni, gerakkannya ke tangan dorang masa dorang syok2 tengok tv. Sure dorang lari keluar dari rumah, hahaha!



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More