12 September 2010

Terry Jones Umum Tarik Balik Kempen Bakar al-Quran

Paderi kontroversi yang mencetuskan kemarahan penganut Islam seluruh dunia.

Akhirnya, Terry Jones menarik balik rancangannya untuk membakar al-Quran sempena memperingati tragedi 11 September. Berita ini disahkan oleh jurucakapnya, KA Paul.

“Saya ingin menjelaskan dan mengesahkan 100 peratus bahawa tiada sebarang kitab al-Quran akan dibakar pada jam 6.00 petang ini seperti yang dirancangkan sebelum ini,” kata pemimpin gereja, KA Paul dalam satu sidang akhbar.

Paul bertindak sebagai jurucakap Paderi Terry Jones minggu ini untuk membincangkan rancangan memperingati peristiwa serangan 11 September dengan membakar beberapa naskhah kitab suci al-Quran.

Bagaimanapun, berikutan timbul bantahan dan kemarahan yang tercetus oleh penganut Islam di seluruh dunia, Jones berkata dia mengumumkan menarik balik rancangannya untuk membakar al-Quran. 





P/s: Christian tidak mengajar umatnya untuk berdendam atau membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepada umatnya. 
crabemoticon

2 Sweet Roses!:

menci btl tgk muka terry jones niee:d:e:

@Ir-Shah~Hahahaha, tak patutla dia buat macam tu kan?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More