24 September 2010

Tengah Mencari Kerja Lain. Ada Kerja Kosong Tak?


Pagi tadi, tengah saya syiok2 bersarapan, bini boss call, marah2 lagi. Penat. Saya bingung kenapa dia marah saya, sedangkan dia sepatutnya direct call orang yang dia marah tu. Kenapa mesti mahu melalui saya? Fine, saya kasitau juga orang tu, ikut apa yang dia suruh. Then lepas tu, dia call balik, marah saya lagi, marah saya kenapa saya kasitau itu orang. Saya terus, WHAT THE HELL???? Bingung, dia suruh saya buat, saya buat. Sudah saya buat, kena marah lagi. Sigh.

Then Fiona datang, happynya saya, at least saya tak banyak fikiran. Then dia ada bagi nasihat sama saya, supaya berhati2, apa yang bini boss suruh, terus record dalam satu buku, at least sendiri ada proof, sebab dorang memang macam tu. Sebenarnya dorang sengaja kasi susah saya. Saya pun tak tahu kenapa, dia benci saya ka? Kalau benci kenapa tak buang jak saya ni?

Sedih bila dengar cakap Fiona, sebab bini boss ada mengadu sama dia pasal saya, dia tuduh saya buat itu, buat ini. Nasib baik Fiona tidak percaya. Dia cerita hal sebenar sama saya, dan minta kepastian dari saya. Saya nangis. Kenapa dorang tuduh saya buat something yang saya tidak ada buat? Mentang2 saya miskin, so semua yang tak kena semua kasi salah sama saya? So unfair!

Saya memang mahu resign, but Fiona larang saya resign selagi saya tak dapat keja baru. Dia risau. Dia tidak mahu saya terburu-buru. Sebab dia tahu keadaan keluarga saya, saya bukan orang senang, sebagai anak sulung, memang saya perlu pikul tanggungjawab untuk sara family. 

Dulu masa papa masih dapat kerja, hidup kami senang, apa yang kami mahu semua dapat. Then, kami sudah hidup susah, selepas papa tak boleh keja sebab kaki dia kena potong (Diabetis). Tapi saya tak takut, kami belajar biasakan diri, hidup berjimat cermat.  Nasib baik ada dua lagi adik lelaki yang membantu untuk menyara keluarga. Biarlah kami miskin, yang penting kami bahagia. Bukan kami minta beras orang, semua kami usaha sendiri.

Bila saya taip entry ni, airmata saya pun ikut mengalir, kecewa bila kita sudah buat apa yang disuruh, kita dituduh pula buat itu ini. Saya harap Tuhan buka pintu hati orang2 kaya yang angkuh dan sombong ni, supaya selidik dulu, before making judgement. Nasib baik Fiona bagitau, dan dia janji akan tolong saya settlekan masalah saya. Dia ada bagi saya senarai company yang cari pekerja, dia suruh saya cuba nasib disana. Malu juga nangis depan Fiona, tapi saya tiada sapa2 yang saya boleh bawa bincang pasal hal ni. Blog sajalah tempat saya mengadu. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang saya tanggung.

Sorry ya semua, saya sibuk cerita pasal tempat kerja saya, saya harap you all tak bosan, saya sayang kamu semua. :)



With love,
Azura Ani Salaim


6 Sweet Roses!:

with ur experience, ko mesti dapat kerja lebih baik. kalau tak pun cari dulu apa2 kerja sementara before dpat lagi bagus. salute sama ko la dapat tahan. kawan sa kerja di tpt dia sekarang, suda dekat 8 tahun gaji ndak naik2...kenapa dia bulih sabar di sana, sa pun ndak tau lah...

Bro ko hati2 tulis cerita tentang kerja nanti bos ko nampak mampus...

@AngeL BeaR~Saya tia tahan bah ni, tapi saya fikir teda orang ganti sa, buduh bah sa ni, mau lagi pikir pasal urg mcm tu.

@ProfHariz~Hahaha, tak takut pun, sebab memang betul. Berani kerana benar, takut kerana salah. Ini blog saya, kalau dia mau singgah baca dialu-alukan. Tambah juga trafik, ekekeke!

azura...semoga tabah ya...sedih baca entri ini....
sabar jaklah selagi boleh ..tapi apply jualah kerja lain k

@Mama JnJ~Yalah sis, tak mau sabar pun terpaksa sabar saja ni, sa pun cari2 keja suda ni, kalau boleh, habis bulan sa resign, penat bah kena layan mcm ni.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More