17 September 2010

Rindu Seseorang? Jom Layan Pusi Cinta Ni!



Ku Mahu Kau Tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu.

Hasil Nukilan: Dingin Bayu


P/s: Hehehe, jangan tanya kenapa tiba2 mood jiwang pula. Saja layan puisi, boring2 kan, tiada mood nak buat kerja di office ni.

2 Sweet Roses!:

puitis sungguh.... nak kena bagi dedicatin puisi nih...
Kuman Latest Entry

@Kuman Chaos~Bagilah dekat someone special, ngeh3x...

Credit 100% kepada Dingin Bayu, bestkan kata2nya? :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More