01 September 2010

Puting Beliung "API" Melanda Hawaii?

Fenomena puting beliung api berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera.

Putaran asap hitam yang tebal dilihat berpusing dalam bentuk pusaran ketika api menjulang setinggi 6.09 meter dari permukaan tanah dan memusnahkan tanah seluas 566 hektar dan ia terus membakar beberapa bahagian di pulau itu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Turut dikenali sebagai syaitan api, puting beliung api itu berlaku apabila api berdepan dengan satu pusaran vertikal. Puting beliung itu juga boleh berlaku apabila satu bahagian udara panas diselaputi oleh api sekali gus menyebabkan tekanan rendah di permukaan bumi. Udara yang lebih sejuk kemudian memasukinya menyebabkan pusaran berlaku manakala api menjulang tinggi.

Pada 1923. satu puting beliung api terjadi disebabkan gempa bumi kuat di Tokyo. Dalam kejadian itu, seramai 38,000 orang terbunuh. 



Azura: Seramnya, biasa kita dengar pasal puting beliung biasa jak, ni kali muncul pula puting beliung "API", seram pula.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More