07 September 2010

Pilu Disisih Anak Sendiri. Syawal Sudah Tiada Erti!

Tadi sempat singgah Kosmo online, hati ni betul2 sebak, sedih baca pasal orang2 tua yang terpaksa menyambut raya tanpa kehadiran keluarga tersayang disisi. Puas saya berfikir, tapi saya masih tak dapat cari apa pun alasan yang boleh sokong keputusan mereka, untuk menghantar ibu bapa mereka yang tua dan perlukan perhatian ke rumah orang tua.

Tengok gambar ni pun airmata saya dah jatuh. 
Rindukan keluarga, tapi apa kan daya, mereka tak sudi jenguk orang tua mereka.

Semua orang buat silap. Kalau ya pun parents dorang ni ada buat silap, kenapa sampai tergamak buat dorang macam ni? Dorang lupa ka, sapa yang bawa dorang ke dunia ni? Dorang lupa ka, sapa yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang? 

Semua orang buat salah, tapi janganlah dihukum orang2 tua yang tak berdaya ni, sama siapa lagi mereka boleh mengadu dan menumpang kasih? Apatah lagi bila tiba musim perayaan, hati siapa tidak sedih, ada keluarga, tapi langsung tak jenguk2 dorang, memang sedihlah. Saya pun nangis bila nampak gambar dorang and baca luahan hati mereka ni.

Saya doakan Tuhan permudahkanlah hidup mereka ni, mudah2an saja Tuhan membuka pintu hati keluarga mereka untuk menerima dan membawa mereka pulang, selagi masih berkesempatan. Biarlah sisa hidup mereka ni, dipenuhi dengan kenangan2 gembira dan bukannya hidup sia2 menunggu kedatangan keluarga tersayang yang langsung tidak teringat atau tidak ingin untuk menjemput mereka pulang. Amen.

Kalau you all nak baca berita selanjutnya, click LINK ni. Saya tak tahan, nak taip pun rasa sedih sangat2, tak dapat saya bayangkan diri saya ditempat mereka.

crabemoticon
I LOve My Mum & Dad Too Much! Biarlah saya tak banyak duit, tapi I will try my best untuk bahagiakan Mum & Dad!

2 Sweet Roses!:

Kata orang dulu-dulu, ibubapa boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak nak menjaga ibubapa pun susah...
This is reality kehidupan. Inilah hasil pengorbanan ibubapa terhadap anak2 diorang, sanggup berkorban diri semata2 untuk melihat anak2 berjaya dan bahagia biar diri sendiri menderita...
Thats why tidak hairan zaman sekarang ramai ibubapa yang terpaksa memikirkan masa deoan diorang sendiri kerana walaupun anak2 berjaya sampai ke U, bekerja mewah tidak menjamin ibubapa jugak begitu...
Sad....

@jomsantaisekejap~Sedih betul kan? Kenapa dorang sanggup buat macam tu? Anak2 kaya, tapi kenapa tak mampu jaga mum & dad?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More