28 September 2010

PERAYAAN PELIK YANG TIDAK TERDAPAT DI NEGARA KITA - MALAYSIA [PART 2]

Hi semua, semalam saya dah buat siri Part 1 untuk entry ni kan, sudah baca ka? Kalau belum, jom baca Perayaan Pelik Yang Tidak Terdapat Di Negara Kita - Malaysia [Part 1]. Jom sama-sama kita baca ya. Tidak salahkan tambah sedikit pengetahuan mengenai perayaan di negara lain? Have fun!

6. TUNARAMA – PORT LINCOLN, SOUTH AUSTRALIA



Perayaan ini dirayakan pada bulan Januari setiap tahun. Banyak acara sukan diadakan dan semuanya menggunakan ikan tuna! Ada acara lumba lari, berenang, dan yang paling ditunggu oleh semua orang ialah acara buang ikan tuna. Siapa yang dapat membuang ikan tuna pada jarak paling jauh akan pulang bersama hadiah wang tunai sehingga $7,000!
(Habislah ikan tuna ni, huhuhuhuhu!)


7. WATER FIGHTS  SONGKRAN, THAILAND


Perayaan ini diadakan pada bulan April dan semasa perayaan ini diadakan, tiada tempat awam yang akan selamat daripada serangan belon berisi air dan senapang air. Biasanya perayaan ini berlanjutan selama 5 hari. 
(Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya mahu join!)


8. FIRE FESTIVAL  SHETLAND


Turut dikenali sebagai perayaan Up Helly Aa, perayaan ini merupakan perayaan api terbesar di Eropah. Tapi jangan takut, ini bukan perayaan untuk mengorbankan manusia. Apa yang kita akan dapat semasa perayaan ini ialah semuanya akan menari, menyanyi, dan duduk mengelilingi unggun api yang sangat besar. Malangnya perayaan ini cuma diadakan selama satu hari. Tapi jangan risau, ada 24 jam untuk dihabiskan, dan hari esoknya adalah cuti umum. 
(Pandai pula dorang ni buat cuti umum lepas penat sambut perayaan ni, penat kali, hehehe...)


9. EL COLACHO (BABY-JUMPING FESTIVAL) – SPAIN


Semasa perayaan ini disambut, seorang lelaki dewasa yang berpakaian seperti Elvis Presley, akan melompat melingkahi bayi yang baru lahir dengan persetujuan ibu bapa bayi tersebut. Upacara ini dilakukan untuk menyucikan bayi ini daripada kuasa syaitan. Perayaan ini diadakan sejak tahun 1620 lagi.
(OMG! Kalau terpijak macam mana???)


10. HOLI (FESTIVAL OF COLOURS) – INDIA


Holi, juga dikenali sebagai festival warna, sangat popular di India, Guyana dan Nepal. Pada hari kedua perayaan ini, semua orang akan melemparkan serbuk berwarna dan air ke muka kawan2-kawan dan saudara.
(Bestnyaaaaaaaaa, boleh saya join ka???)


P/s: Nah, suka tak entry ni? Kalau suka click LIKE & SHARE ya, hehehe! Happy blogging semua!


2 Sweet Roses!:

isssssssskkkk..men kasian itu ikan kana buang2 kan mandak....tantu lagi kalu kana makan..cesss

@Gee~Yaloh, kenyang lagi owh, wakakakka!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More