27 September 2010

Perayaan Pelik Yang Tidak Terdapat Di Negara Kita - MALAYSIA [Part 1]

Semua negara ada perayaan-perayaannya yang tersendiri. Macam dinegara kita, ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Pesta Menuai dan macam-macam lagi. Apa kata kita tambah sikit ilmu kita dengan mengetahui beberapa perayaan yang pelik tapi sangat unik yang disambut di negara luar. Jom layanzzz!


1. CHEESE ROLLING – COOPERS HILL, GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND


Setiap tahun, pengunjung dari dalam dan luar England akan berkumpul di Coopers Hill untuk menyertai festival ni. Pertandingan ini sebenarnya telah beratus-ratus tahun diamalkan dan dipercayai dilakukan untuk memberi kesuburan kepada tanah supaya tanaman lebih subur. Sebiji cheese akan dijatuhkan dari atas bukit, dan semua peserta akan berebut berlari ke bawah bukit untuk mendapatkannya. Pertandingan ini sangat bahaya kerana Copper Hill sangat curam. Ramai yang cedera semasa menyertai pertandingan ini. 
(Muahahaha, lucunya, tapi macam fun pula kan?)


2. THE BATTLE OF THE ORANGES – IVREA, ITALY


Dianjurkan pada bulan Februari setiap tahun, perayaan ini dirayakan untuk mengenang saat-saat kemerdekaan mereka daripada pemerintahan kejam pada zaman dahulu. Perayaan ini dirayakan selama beberapa hari. Dulu mereka menggunakan kacang tetapi pada kurun ke 19, golongan wanita mula melemparkan buah oren kepada lelaki yang mereka suka. Dan kalau lelaki itu juga menyukai mereka, dia akan membalas dengan melemparkan buah oren kepada wanita tersebut. Bagi mereka yang tidak berminat untuk mengikuti perayaan ini perlu memakai topi berwarna merah yang menunjukkan mereka tidak boleh dilempar dengan buah oren. 
(Psssst, kalau kena kepala, tak pengsan ka orang?)


3. ALIEN FESTIVAL – ROSWELL, NEW MEXICO



Perayaan ini dirayakan pada bulan Julai setiap tahun di Roswell, Mexico. Semasa perayaan ini, semua peserta akan memakai costume makhluk asing dan beberapa program untuk memberi kesedaran tentang wujudnya makhluk asing akan disebarkan kepada para pengunjung. 
(Lol! Kot2 ada REAL alien pula jalan2 time festival ni!)


4. LA TOMATINA – VALENCIA, SPAIN


Setiap tahun, beribu-ribu pengunjung akan berkumpul di Valencia, Spain untuk menyertai perayaan ni. Mereka akan melemparkan buah tomato sesama sendiri. Tiada penjelasan kenapa perayaan ini dirayakan. Peserta dinasihatkan memakai pakaian lama dan goggles untuk melindungi mata semasa menyertai perayaan pelik ini. 
(Uiiisshhhh, mandi tomato ni! Hrmmm, mesti halus kulit dorang ni, ehehe!)


5. MONKEY BUFFET FESTIVAL – BANGKOK, THAILAND



Perayaan ini diadakan setiap tahun di Bangkok Thailand. Jangan salah faham okay, perayaan ini tidak mempamerkan hidangan berasaskan daging monyet, tetapi perayaan ini diadakan untuk memuliakan monyet-monyet. Buffets yang terdiri daripada buah-buahan, sosej, sayur dan makanan-makanan lain diletakkan di tokong ini untuk dinikmati oleh si monyet. Si monyet mahu minum Coca-cola? Semuanya ada disediakan! 
(Wow, kenyanglah si monyet ni, tengok tu, sambil bawa Pringles lagi, ekekeke!)



P/s: Nah, suka tak entry ni? Kalau suka click LIKE & SHARE ya, hehehe! Nanti akan dilanjutkan ke Part 2.

8 Sweet Roses!:

adeh ada2 jak durang ni kan azura heheh

salam

amy singgah baca entry sambil follow, jemput ke sinar raudah ye n follow me too, sekiranya anda follower yang ke 499 or 500 tlg savekan untuk amy ye.amy akan buat entry untuk anda..

mekaseh...

suka entry nih..esp. pesta tomato..hik3 ;p

@Amy Syaquena~Hi Amy, saya dah follow blog Amy, selamat berkenalan ya :)

@Tomato Gurl's Life~Hihihihi, tomatogurl kan, sebab tu suka tomato, hihihihi :)

roswell memang terkenal dengan cerita alien dia, teringat cerita drama Roswell hujung 90-an dulu.

@Gen Fujita~Iya kan, famous drama tu dulu, saya pun suka tengok... :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More