01 September 2010

Paris Hilton Ketagih Kokaine?


Selebriti Paris Hilton kelmarin dikenakan tuduhan memiliki kokain dalam satu penahanan berprofil tinggi di Las Vegas namun dia mungkin tidak akan dipenjarakan.

Hilton yang berusia 29 tahun itu berdepan hukuman dipenjarakan sehingga empat tahun di penjara Nevada sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memiliki 0.8 gram 'serbuk kokain' di dalam beg tangannya. Hilton mendakwa beg tangan itu milik kawannya.

Hilton dan teman lelakinya, Cy Waits ditahan pada malam Jumaat lalu selepas polis menyatakan mereka terhidu asap marijuana dari kenderaan artis terbabit.



Azura: Adeh, pandai2 hisap dadah sudah. Kaya susah, miskin pun susah.
 

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More