25 September 2010

Noah Sinclair - Putera Sulung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Comelnya kan? Inilah baby boy Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari. Dilahirkan pada 22 September (same birthday with my bestfriend, Darnih). Baby comel ini seberat 3.5 kilogram dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Noah Sinclair. 
Baby Noah tengah tido, comelnya!
Baby sulung pasangan romantik ini selamat dilahirkan sekitar pukul 1.15 tengahari (waktu Indonesia) di Brawijaya Women and Children Hospital, Jl. Brawijaya, Cipete, Jakarta Selatan, Indonesia. "Saya begitu berbangga kerana kini sudah menjadi seorang bapa. Rasa seperti tidak percaya apabila melihat bayi sendiri."

Ashraf mengaku dia sedikit cemas. "Saya begitu cemas sewaktu berada di dalam bilik pembedahan sehingga tidak berani memotong tali pusat anak kami. Sebaliknya, saya serahkan semua hal tersebut kepada doktor. "Tetapi sebaik semuanya selesai, keluar daripada bilik bedah, saya banyak menghabiskan masa berbual dengan bayi sementara Bunga berehat.

Tidak mempunyai perancangan khusus buat anaknya, sebaliknya Ashraf hanya mahu anak sulungnya itu mendapat pendidikan yang sempurna.

Asraf Sinclair sangat berbangga dengan wife kesayangannya, Bunga Citra Lestari. Nanti tambah lagi baby girl ya, hihihi.


P/s: Nampak Tweets Ashraf Sinclair diatas? Sweet kan? I love it when he said, he is so pround of Bunga Citra Lestari, awwww that is so sweet. Treasure her okay! :)

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More