16 September 2010

Minuman Penghilang Dahaga. Cubalah Sendiri Dirumah.


Jus Oren + Lobak Merah
Bahan-bahan:
 2 biji oren, 1 lobak merah (dibuang kulit).
 1 sudu besar gula.

Cara Membuatnya:
 Kisar semua bahan sehingga sebati. Hidangkan ketika sejuk.
 Campur dengan susu sejat jika mahukan jus buah bersusu.

Cuba kombinasi buah-buahan lain, contohnya epal dan anggur.


Teh Tarik + Serbuk Kayu Manis
Bahan-bahan:
 1 uncang teh (rendam dalam air panas).
 Susu pekat manis.
 Secubit serbuk kayu manis.

Cara Membuatnya:
 Keluarkan uncang teh, tambah susu pekat (ikut selera masing-masing).
 Tarik "ala-ala mamak".
 Tabur serbuk kayu manis diatasnya.


Ice-Blended Chocolate
Bahan-bahan:
 3 sudu besar serbuk Koko atau Milo (lebih pun boleh, ikut selera masing-masing).
 1 gelas susu penuh berkrim.
 1 sudu besar gula.

Cara membuatnya:
 Kisar semua bahan sehingga sebati dan hidangkan.
 Hias dengan serbuk Koko atau Milo diatasnya.


Boleh ditambah sedikit Ice-cream atau biskut.


Ais Batu Campur
 Kiub ais yang banyak.
 Sirap ros, gula merah, sirap jagung dan susu pekat manis.
 Cendol, kacang merah.

Cara Membuatnya:
 Kisar ais dan letakkan didalam mangkuk.
 Campurkan semua bahan sebanyak mana yang kamu mahu.
 Hias dengan kacang merah.

Boleh juga ditambah dengan Ice-cream dan buah-buahan.


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More