22 September 2010

Ibu Kembar Lapan Dipelawa Jadi Heroin Filem Bogel


Seorang ibu tunggal yang melahirkan kembar lapan, Nadya Suleman (gambar) ditawarkan wang sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) oleh pihak pengurusan syarikat Vivid Entertainment untuk membintangi sebuah filem lucah berdurasi satu jam. 

Sumber mengatakan Nadya memerlukan wang yang banyak untuk membesarkan 14 orang anaknya. Dan dia juga memerlukan wang untuk membayar pinjaman rumahnya.

Nadya dikatakan sering gagal membayar pinjaman dan proses menarik balik rumahnya mungkin berlaku tidak lama lagi. Pada awal tahun ini, Nadya bergambar dengan memakai bikini untuk majalah Star, kurang setahun selepas dia melahirkan kembar lapannya pada Januari 2009.


P/s: Ada2 jak manusia sekarang ni, offer pertolongan ka offer bala ni? Betul2 pandai ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More