12 September 2010

Gempar! Datuk Sosilawati & 3 Lelaki Yang Hilang Bersamanya Mati Dibunuh Dan Dibakar Di Morib??


Tadi saya baru jak buka Facebook, ada kawan yang update berita terkini pasal kehilangan Datuk Sosilawati. Dekat Twitter pun banyak yang post berita ni, tapi belum ada sumber 100% yang sah lagi pasal berita ini. 

Dari apa yang saya baca, info terkini pasal kes ni ialah Datuk Sosilawati dengan 3 lelaki yang hilang bersamanya, dijumpai mati dibunuh dan dibakar di Morib. Kawan saya cakap, dia ada watch Nightline news, polis jumpa 4 mayat rentung, so, kena tunggu hasil post-mortem untuk sahkan. 

Datuk Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu ketika berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. 

Sama2 kita doakan mudah2an semua ni cuma spekulasi. Dan sama2 juga kita doakan Datuk Sosilawati serta ketiga-tiga lelaki yang hilang bersamanya selamat. Amen.


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More