03 September 2010

Fasha Sandha Rela Jika Ditakdirkan Bermadu? Oit?

"Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut."

BUKAN lagi rahsia hubungan cinta Fasha Sandha dengan jejaka berkulit hitam manis, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33. Tanpa berselindung, aktres jelita itu mengakui jiwanya mekar disirami kasih sayang sang arjuna hatinya itu. 

"Saya sangat seronok dan gembira apabila tidak hanya disayangi oleh Jejai, masyarakat sebaliknya menyayangi diri ini dengan sepenuh hati. Semua bertitik tolak daripada kejujuran saya. Sebelum ini, bukan tidak mahu mengaku ada hubungan istimewa dengan Jejai. Ada sebab sebenar saya berbuat demikian. 

"Namun, selepas segala-galanya pasti dan hubungan ini semakin matang, baru saya berani buat pengumuman. Alhamdulillah, peminat semakin sayang dan memberi sokongan. Ini membuatkan saya begitu terharu. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan untuk bernikah sebab saya bahagia dengan kehidupan sekarang," ujar Fasha.

"Dalam kehidupan realiti, saya mampu menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan bermadu. Saya ambil contoh bagaimana Ros (wataknya dalam filem terbarunya 4 Madu) menerima keputusan Azlan (lakonan Saiful Apek) yang mengahwini wanita lain dan pada waktu sama, si suami berlaku adil kepada setiap isterinya," akui Fasha dalam nada tenang membahas pendapat peribadinya.




Azura: Sure you rela dimadukan? Hrmmmm?

2 Sweet Roses!:

yelah tu.. baru ada org dtg "usik" sikit buah hati dia, kecoh 1 malaysia!

@Apa Yang Panas~Hahahaha, harap2 yelah tu, tak sabar tgk dia kawin, kekekeke!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More