03 September 2010

Dipaksa Kahwin? Tukarlah Jantina. Habis Cerita!


Sekadar gambar hiasan!

Sekadar gambar hiasan!

Seorang peguam wanita di India yang dipaksa kahwin oleh keluarganya mengambil jalan terakhir iaitu menukar jantinanya, selepas tidak berhasil memujuk ibubapanya untuk membatalkan perjanjian pernikahan yang telah diatur oleh keluarganya.

Dengan nada kesal, wanita itu berkata, "Lebih baik saya menukar jantina kepada lelaki, sekurang-kurangnya saya tidak perlu melalui kesengsaraan sebagai seorang wanita".

Doktor yang menjalankan pembedahan itu pada mulanya tidak bersetuju untuk melakukan pembedahan, tetapi setelah wanita itu mengugut untuk membunuh diri, dia bersetuju.

Walaubagaimanapun, ada sumber mengatakan bahawa peguam wanita itu (kini lelaki) dikatakan sangat "intim" dengan seorang wanita lain. Keluarganya mendapat tahu mengenai tabiat anak mereka lalu cuba mengaturkan perkahwinan anak mereka untuk mengelakkan masalah, namun tidak menyangka anak mereka sanggup mengambil keputusan untuk menukar jantina.




P/s: Ada-ada jak, ish manusia sekarang ni, yang perempuan nak jadi lelaki, yang lelaki nak jadi perempuan, ish ish ish!


2 Sweet Roses!:

tak nak kawin ....hehe ...mungkin dia tak suka lelaki tu kot...

@mama qistina~Pelik kan? Macam takde jalan lain pula sudah, hahaha!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More