04 September 2010

Dia Bukan Lagi Anak Saya!

"Saya sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung seksa akibat perbuatannya dan dia sendiri pun sering mendoakan supaya saya mati cepat."

Seorang ibu, Bong Swee Yin, 50, kecewa terhadap anak sulungnya yang dikenali sebagai Son Chai, 25, yang gemar berjudi di Internet sehingga melibatkan pinjaman wang dengan ah long.

"Masalahnya, setiap kali ah long datang mengugut saya, Son Chai terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan seolah-olah saya yang perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya," kata ibu tunggal yang kematian suami sejak 20 tahun lalu ini.

Swee Yin berkata, sekumpulan ah long telah datang ke kedainya di Jalan Tun Abdul Razak, di sini lalu memaksanya membayar RM60,000 yang dipinjam Son Chai.

"Saya bukannya orang senang malah ada dua lagi anak yang perlu ditanggung. Carilah Son Chai kerana dia yang buat pinjaman," katanya sebak.





Azura: Cian dia kan, patutnya si anak bantu ibu untuk ringankan beban. Ini tambah menyusahkan pula, mudah-mudahan Tuhan buka pintu hati si anak untuk berubah.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More