28 September 2010

Checklist Sebelum Keluar Dating Untuk Pertama Kali Dengan Si Dia!

Pasti best bila si dia mengajak kamu keluar makan malam untuk pertama kalinya kan? Hati berbunga-bunga, dan bingung pakaian apa yang nak dipakai supaya nampak ayu dan menawan. So, jangan risau, ikut tips dibawah ni supaya date kamu berjalan dengan lancar. Jangan lupa ambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. 


 Pastikan tempat serta masa yang tepat untuk bertemu si dia. Jangan sampai tersalah tempat, ini boleh mengundang bahaya. Tempat yang paling sesuai ialah tempat yang ramai orang.

 Pastikan kamu memakai pakaian yang sesuai dan selesa. Jangan memakai pakaian yang cantik tetapi kamu sendiri tak selesa dengan pakaian itu.

 Keluar lebih awal daripada masa yang dijanjikan supaya kamu tidak tergopoh-gapah dan mengeluarkan peluh. Nanti kamu sendiri rasa tak selesa semasa bersama dengan si dia.

 Tidak salah jika kamu ingin kelihatan "natural" dan "simple". Namun jangan biarkan muka kamu pucat tanpa sebarang solekan. Tapi solekan jangan terlalu tebal!

 Pastikan kamu tahu serba-sedikit tentang latar belakang si dia melalui perbualan kamu dengan teman-temannya. Ini adalah untuk memudahkan kamumencari topik-topik untuk dibicarakan agar suasana tidak bosan dengan cerita yang tiada kena-mengena dengan kamu berdua.

 Seelok-eloknya, pada pertemuan pertama ini, jagalah adab dan perlakuan kamu. Jangan memalukan diri sendiri.


Wish you luck girls! :)

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More