20 September 2010

Bila Boss Bersikap Kurang Ajar Dan Demanding. Patutkah Kita Angkat Kaki?

Hai guys, sorry tajuk agak harsh sikit, tapi mood swing saya tak berapa okay, esok boss besar and bini dia datang sini. Mula lagilah penderitaan saya bekerja di company yang ^&%$# ni. Dulu saya pernah cerita yang saya nak resign kan? Yaaaaaa! 100% saya nak resign, but the problem is, saya sendiri jak jaga office ni, kawan saya semua resign. 

Tinggal si Fiona, dia pun mau resign, cuma bini boss tak kasi sebab tiada ganti tempat dia, sudah dicarikan orang dia bagi alasan itu ini tak mahu ambik orang baru tu. So si Fiona terpaksa keja setengah hari everyday, Monday to Saturday, pagi dia jaga company gila ni, petang dia keja tempat husbandnya. 

Saya pun fikir punya fikir mahu resign, tapi masalahnya saya mana boleh trus jalan kalau tiada orang ganti tempat saya, kalau saya resign mesti tunggu ada orang ganti, baru punya main cerewet, dia mahu orang yang mesti pandai cakap cina, fed up!

Sudah 2 tahun saya keja sini, gaji TAK PERNAH NAIK! Janji janji nombor satu! Then, semua keja saya buat sendiri. Saya sudah buat yang terbaik ikut kemampuan saya, still dia (bini boss) hina2 and marah2 saya. I know saya orang miskin, but saya ada maruah, mentang2lah saya tak pandai bodek dia, ampu2 dia, dia layan saya macam begini, saya tak kisah juga gaji tak naik, tapi saya fed-up kena marah and kena hina. 

Sometimes keja tu saya sudah buat macam yang dia suruh, still kena marah, lain lagi cara dia suruh buat, maybe nyanyuk sudah kali. Tapi macam mana saya mahu balas laser mulutnya tu? Saya baru cakap satu patah, dia balas 100 patah. Betul2 boleh jadi gila saya kalau terus keja disini.

Pernah satu kali saya nangis di toilet, sebab dia hina saya depan kawan2 lain, but still saya masih bertahan di company ni, sebab saya fikir tanggungjawab saya. Selagi semua keja dibawah tangan saya, akan saya siapkan dengan sempurna. 

Tapi entahlah, saya macam sudah lali, kalau dia mahu marah, mahu cari pasal lagi esok, okay fine, bring it on! Saya terus ambik beg and jalan, gaji saya untuk bulan ni suruh dia simpanlah untuk kasi makan anjingnya! 


10 Sweet Roses!:

used to work with a boss like this.
lama2 ndak tahan..betul2 sa resign. padan muka dia.

hadoiiii...sepa la tu bos ko yg muhau itu...tu barulah ungrateful butul...ko sda terai ckp bagus2 ka mandak..klu suda men halus tpi msih juga begitu, konpem sa pun berenti..kin apa mo stay klu hati sakit kan mandak...

@AngeL BeaR~Susah juga kalau terlampau kaya ni, nda pena hidup susah, tgklah bisuk macam mana, kalau dia buat hal, bye bye! Hahahaa!

@Gee~Ya bah sis, sa memang slalu cakap bagus2, dia jak tu suka cari pasal, suka cari kesalahan sa, maybe dia tia suka sa kali ni, tapi dia tia mau sa resign, atau dia mo dera saya ni seumur hidup??? Atukoi!

if your heart is not there, then might as well u resign...Kadangkala, kerja bukat setakat bergantung kepada gaji semata2, kalau enviroment dia tak tenang, tak happening, tak excitement.. then kerja kita pun macam tulah. Kita kerja setakat kerja tapi hati kita entah kemana...
But before u resign, dapatkan kerja lain dulu.

@jomsantaisekejap~Entahlah, saya cuma harap dia tak marah2 saya itu saja, hati saya memang tiada sudah mahu keja sini, saya sudah bincang dengan Fiona, dia pesan dengan saya supaya cari keja dulu, and paling penting, cari pengganti saya, sigh, sapa la yang mahu keja di neraka ni?

Hi Azura,
Cari keje dulu, bila dah dapat terus je berhenti. Jangan kesah pasal kena cari pengganti. that is not your job to do. itu bini bos awak punya keje, syarikat dia, dia la yang kena cari pengganti. kenapa awak la pulak yang kena cari pengganti kalau nak berhenti keje.

All the best.

@nazeta~Entahlah saya pun pelik, saya nak resign saya mesti kena cari pengganti, gila punya company, huhuhu!

pastikan dah ada tempat kerja baru sebelum resign.

@Masa DAH Time~Tapi kalau saya dah tak tahan macam mana? Dihina terus. Terlampau pressure, kalau gaji tinggi pressure takpa, berbaloi, ni aduiii, cukup2 makan jak.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More