17 September 2010

10 Petanda Kamu Seorang Gadis Yang Penyabar

Kuiz untuk si gadis menguji tahap kesabaran diri. Cuba bayangkan kamu berada dalam setiap situasi dibawah ni dan tengok sama ada kamu ada ciri2 seorang gadis penyabar. Have fun!


1. Walaupun dah berbulan-bulan temanmu tak bayar hutang, kamu masih mampu berkata, "Tak apa". 

2. Penantian itu suatu penyeksaan. Namun kamu masih boleh tersenyum walaupun si dia hanya tiba di restoran setelah 3 jam kamu menanti. 

3. Susah nak lihat kamu marah, sehinggakan keluarga dan teman rapat menganggap kamu sebagai manusia tiada perasaan. 

4. Kamu sering kali memberi nasihat kepada teman yang mempunyai masalah hubungan untuk kembali berbaik dengan pasangannya, kerana bagi kamu semua orang akan membuat silap. 

5. Adikmu yang cuai telah MEMATAHKAN gincu berjenama kesayanganmu. Walau hakikatnya ianya susah diganti (edisi terhad), kamu hanya berkata dalam nada gurauan, "Tak apa, nanti adik belikan akak gincu baru ya?" 

6. Ketika di plaza tol, kamu membenarkan dua kereta untuk memintas barisan hadapanmu. Malah siap senyum lagi pada mereka! 

7. Rambutmu yang cantik DIROSAKKAN oleh pendandan rambut profesional di salun. Namun kamu hanya berdiam diri dan tetap membayar bayaran penuh walaupun kamu tak suka. 

8. Baju raya yang kamu tempah lima bulan lebih awal tidak berjaya disiapkan sehingga membuat kamu terpaksa memakai semula baju raya tahun lepas, kamu tetap berkata "Tak mengapa". 

9. Walaupun tergesa-gesa mahu menahan teksi, kamu tetap memberi keutamaan kepada pasangan warga emas di belakangmu. Kamu siap membantu mereka mengangkat barang-barang untuk dimasukkan ke dalam teksi. 

10. Kamu sentiasa menjadi orang terakhir mengambil makanan yang terhidang terutamanya bila bersama orang lebih tua. 


P/s: So macam mana? You all penyabar ke tak? Hihihihi! Nampak simbol  &  tu? Itu jawapan saya, kekeke!

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More