02 September 2010

10 Penyakit Pelik Yang Patut Kamu Ketahui

 1. Trichotillomania
Orang yang menderita penyakit ini cenderung menarik rambut mereka, baik dari kepala, bulu mata, hidung atau daripada "tempat" yang tak sepatutnya. Umumnya dikenali sebagai trich, penyakit ini boleh disebabkan oleh stress, depresi ataupun kecacatan genetik.


2. Aquagenic Urticaria
Keadaan ini sangat jarang berlaku dimana pesakit akan mengalami kesakitan seperti terbakar bila terkena air. Apa yang lebih menyedihkan, pesakit tidak boleh menangis, kerana airmata mereka akan memebakar kulit mereka. Belum ada penawar untuk penyakit ini.


 3. Moebius Syndrome
Penyakit ini disebabkan oleh kurangnya perkembangan saraf wajah secara normal. Akibatnya, pesakit kurang ekspresi muka. Mereka sering disalah anggap sebagai tidak peramah kerana ekspresi muka mereka. Mereka juga tidak boleh menggerakkan mata dari sisi ke sisi. Penyakit ini juga belum ada penawar.


4. Pica
Gambar diatas menunjukkan isi perut seorang pesakit Pica. Pica merupakan satu sindrom dimana pesakit lebih cenderung memakan benda yang bukan makanan atau langsung tidak boleh dimakan oleh manusia normal. Pesakit cenderung untuk memakan apa saja benda dari kayu, besi, kertas dan plastik. Tiada penawar untuk penyakit ini.


5. Elephantiasis
Penyakit ini jarang berlaku. Anggota tubuh pesakit akan menebal, membengkak dengan teruk sehingga menyusahkan pergerakan seharian si pesakit. Penyakit ini disebabkan oleh parasit seperti cacing Brugia malayi dan B. timori dan biasanya dipindahkan dari satu individu ke individu lain melalu gigitan nyamuk. Penyakit ini biasanya terjadi di kawasan tropika Afrika dan sangat lazim di Sudan, Rwanda, Mesir dan Habsyah. Bahagian tubuh yang sering dijangkiti penyakit ini adalah tangan, kaki, alat kelamin dan payudara.


6. Necrotizing Fasciitis
Juga dikenali sebagai penyakit bakteria makan daging. Penyakit ini jarang berlaku. Bakteria makan daging ini memasuki tubuh pesakit melalui luka kecil atau pun lebam2 biasa. Apabila berada dalam tubuh pesakit, ia akan makan apa saja yang ada dilaluannya. Dalam kes paling teruk, jika dibiarkan, boleh menyebabkan kehilangan anggota badan seperti tangan. Jika masih dibiarkan, mampu menyebabkan kematian.


 7. Progeria
Penyakit ini disebabkan oleh kecacatan genetik dimana pesakit mengalami penuaan dengan cepat. Berlaku satu dalam 8 juta kelahiran, kebanyakan pesakit meninggal seawal usia 13 tahun. Pesakit terdedah dengan penyakit tua seperti keguguran rambut yang menjadikan mereka botak, sakit jantung dan penipisan tulang.


8. Exploding Head Syndrome
Bila pesakit mengalami sakit kepala, pesakit akan mendengar bunyi letupan kuat, bunyi tembakan dan suara jeritan. Ini boleh menyebabkan rasa takut, risau, degupan jantung semakin laju, dan kadang2 susah bernafas. Penyebab sebenar penyakit ini belum diketahui tetapi ia dikaitkan dengan stress dan keletihan. Syukurlah, ada rawatan dan kaedah berkesan untuk menyembuhkan penyakit ini.


9. Cotard’s Syndrome
Juga dikenali sebagai khayalan Cotard, orang yang menderita penyakit ini percaya bahawa mereka tidak wujud, telah mati, kehilangan semua darah mereka atau telah kehilangan organ dalaman mereka seperti otak dan hati. Apa yang lebih membimbangkan, kebanyakan pesakit akan cuba membunuh diri berkali-kali untuk mengesahkan yang mereka telah mati. 


10. Congenital Central Hypoventilation Syndrome
Penyakit ini boleh menyebabkan kesukaran bernafas yang serius. Pesakit cepat penat dan lelah. Penyebab utama penyakit ini ialah kerosakan otak yang teruk ataupun trauma tulang. bagi yang menghidapinya sejak lahir, bayi sukar hidup melainkan dibantu dengan mesin pernafasan. Dalam beberapa kes serius, pesakit boleh mati semasa tidur kerana kegagalan mengambil oksigen semasa pesakit tidak sedar.



Azura: Hope you guys dapat info sikit, hehehe! Kalau suka, please click "like" and share by pressing the Facebook & Twitter button, kekekeke!
Tengah syiok main Red Alert 2!

2 Sweet Roses!:

2. Aquagenic Urticaria ???tak boleh nangis?then mandi pon?ah gile2...ya Allah, mudah2an kita semua terlindung dari semua penyakit ni..amin!~~uhu..seram2

@kerangRebus~Kesian kan? Kalau sedih tak boleh nangis, huhuhu, terpaksa tahan2, aduhaiii...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More