30 September 2010

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan. Tapi Setiap Perpisahan Belum Pasti Ada Pertemuan.


Hai semua, miss me ah? Hehehe. Sorry, hari ni tak ada idea nak update post, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan di office ni. Nak update post and blogwalking tapi otak ni hang pula. Separuh jak saya sempat blogwalking, malam ni saya sambung ya. 

Saya tiada mood. Maybe sebab saya sedih, sebab start esok, ada orang lain yang ganti Fiona. Semua kami di company ni sedih dia mahu resign. But what to do, life must go on.

Saya tak suka orang yang ganti Fiona tu. Tapi nak buat macam mana, saya belum jumpa kerja baru lagi, Fiona pun dah pesan, jangan resign before dapat kerja. Memandangkan saya hormat sangat dengan si Fiona, saya ikutlah cakap dia. Hrmm. Mesti esok orang tu sengaja nak susahkan saya ni, takpalah saya try dulu, kalau dia buat hal, terpaksalah saya say bye bye. 

Saya sudah pernah kena marah dengan orang ni. Dia ni kira menjaga account company ni, cuma dia tak kerja sini. Now semua dia yang handle, tengoklah macam mana. Sampai mati pun saya tidak lupa hari dia marah saya. Waktu tu saya baru masuk. Dia ada suruh saya buat kerja. Bila dia check, dia marah2 pula. Padahal dia yang suruh saya buat macam tu, Fiona backing saya, dia dah bagitau orang ni, yang saya sudah ikut cara yang dia suruh, but still dia marah saya biarpun dia tahu itu sebenarnya salah dia. 

Saya sendiri sebenarnya tiada hati mo kerja sini, tapi saya fikir juga, saya ada tanggungjawab besar, takkan saya cuma fikir pasal diri saya sendiri saja kan? Takpalah, demi papa, mama, dan adik2, saya bertahan dulu sementara saya cari kerja lain.

Always family first! :)

29 September 2010

Orang Yang Suka Timbulkan Isu Sensitif Di Facebook Perlukan Bantuan Pakar Sakit Jiwa. Setuju?


Kesian dengan orang macam ni. Tiada isu, sengaja timbulkan isu sensitif. Best ka cari pasal? Best ka kalau tengok orang marah and komen maki2? Mentang2 guna FAKE PROFILE, suka sakitkan hati orang. Tapi saya rasa kan, orang2 macam ni perlukan bantuan pakar sakit jiwa. Maybe hidup dorang ni kosong. Maybe dorang ni tiada kawan, so sengaja ambil perhatian orang dengan cara macam ni.

Hey freaks, go get some help...


Fake Profile - Profile yang guna gambar and identiti orang lain. Semua info adalah palsu.


28 September 2010

Nuffnang Bagi Amaran Kepada Nuffnangers Yang Mengamalkan Click Fraud!


Hi you all, tadi bila masuk Nuffnang, nampak pula community announcement ni. Saya rasa saya patut share. Sama2 kita hentikan click fraud ni. Memandangkan kemalasan untuk mentranslate amat tinggi, you all just baca jak lah ya, ambik info2 penting, sebelum kamu dikenakan tindakan!


We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

Checklist Sebelum Keluar Dating Untuk Pertama Kali Dengan Si Dia!

Pasti best bila si dia mengajak kamu keluar makan malam untuk pertama kalinya kan? Hati berbunga-bunga, dan bingung pakaian apa yang nak dipakai supaya nampak ayu dan menawan. So, jangan risau, ikut tips dibawah ni supaya date kamu berjalan dengan lancar. Jangan lupa ambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. 


 Pastikan tempat serta masa yang tepat untuk bertemu si dia. Jangan sampai tersalah tempat, ini boleh mengundang bahaya. Tempat yang paling sesuai ialah tempat yang ramai orang.

 Pastikan kamu memakai pakaian yang sesuai dan selesa. Jangan memakai pakaian yang cantik tetapi kamu sendiri tak selesa dengan pakaian itu.

 Keluar lebih awal daripada masa yang dijanjikan supaya kamu tidak tergopoh-gapah dan mengeluarkan peluh. Nanti kamu sendiri rasa tak selesa semasa bersama dengan si dia.

 Tidak salah jika kamu ingin kelihatan "natural" dan "simple". Namun jangan biarkan muka kamu pucat tanpa sebarang solekan. Tapi solekan jangan terlalu tebal!

 Pastikan kamu tahu serba-sedikit tentang latar belakang si dia melalui perbualan kamu dengan teman-temannya. Ini adalah untuk memudahkan kamumencari topik-topik untuk dibicarakan agar suasana tidak bosan dengan cerita yang tiada kena-mengena dengan kamu berdua.

 Seelok-eloknya, pada pertemuan pertama ini, jagalah adab dan perlakuan kamu. Jangan memalukan diri sendiri.


Wish you luck girls! :)

Saya Nak Minta Tips Dan Nasihat Pasal Relationship! :(

Hai semua, hari ni rasa sedih sangat2. Gaduh dengan Mr Teddybear, pasal hal kecil. Saya bosanlah nak gaduh2 ni, cuba bawa berbincang, dia tak peduli. Tapi bila saya dah diam, malas nak layan and tak pedulikan dia, pandai pula memujuk. Haizzzz. Lelaki lelaki. 

Saya ni sebenarnya nak minta pendapat semua, terutama yang telah berkahwin ni. Maybe I sound silly, hehehe. Macam mana kita nak tahu sama ada pilihan hati kita itu yang terbaik untuk kita? Kalau nak uji seseorang lelaki tu, kena tengok dari faktor yang macam mana ya? Susahlah nak faham lelaki ni. 

Saya ni tak kisah sangat pasal harta and rupa, cukuplah dia ada kerja tetap, hormat parents saya and family saya. Itu yang penting! Tapi ada antara kawan saya cakap, kalau boleh cari yang ada berpendidikan tinggi and kalau boleh kaya. Hrmmm. Duit boleh beli kebahagian ka? I don't think so!

Family saya and family Mr Teddybear ada plan untuk buat majlis pertunangan kami. Kadang2 saya rasa macam belum bersedia pula. Padahal cincin sudah pun dibeli. Tinggal pilih tarikh sesuai saja. Tapi saya pun bingung, macam mana nak tahu diri ni dah bersedia ka belum? Sebab saya takut kot2 saya salah buat pilihan. Hahahaha! Kesian, kiranya fikiran saya ni masih macam budak2lah! Aduiii, pening kepala saya fikir.

So, sapa2 yang dah pernah melalui saat2 macam ni, help me ya! Huhuhuhu!

If someone ask me, with who I want to spend my entire life with, I will simply say: "Someone who can understand that I am not perfect". 


PERAYAAN PELIK YANG TIDAK TERDAPAT DI NEGARA KITA - MALAYSIA [PART 2]

Hi semua, semalam saya dah buat siri Part 1 untuk entry ni kan, sudah baca ka? Kalau belum, jom baca Perayaan Pelik Yang Tidak Terdapat Di Negara Kita - Malaysia [Part 1]. Jom sama-sama kita baca ya. Tidak salahkan tambah sedikit pengetahuan mengenai perayaan di negara lain? Have fun!

6. TUNARAMA – PORT LINCOLN, SOUTH AUSTRALIA



Perayaan ini dirayakan pada bulan Januari setiap tahun. Banyak acara sukan diadakan dan semuanya menggunakan ikan tuna! Ada acara lumba lari, berenang, dan yang paling ditunggu oleh semua orang ialah acara buang ikan tuna. Siapa yang dapat membuang ikan tuna pada jarak paling jauh akan pulang bersama hadiah wang tunai sehingga $7,000!
(Habislah ikan tuna ni, huhuhuhuhu!)


7. WATER FIGHTS  SONGKRAN, THAILAND


Perayaan ini diadakan pada bulan April dan semasa perayaan ini diadakan, tiada tempat awam yang akan selamat daripada serangan belon berisi air dan senapang air. Biasanya perayaan ini berlanjutan selama 5 hari. 
(Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya mahu join!)


8. FIRE FESTIVAL  SHETLAND


Turut dikenali sebagai perayaan Up Helly Aa, perayaan ini merupakan perayaan api terbesar di Eropah. Tapi jangan takut, ini bukan perayaan untuk mengorbankan manusia. Apa yang kita akan dapat semasa perayaan ini ialah semuanya akan menari, menyanyi, dan duduk mengelilingi unggun api yang sangat besar. Malangnya perayaan ini cuma diadakan selama satu hari. Tapi jangan risau, ada 24 jam untuk dihabiskan, dan hari esoknya adalah cuti umum. 
(Pandai pula dorang ni buat cuti umum lepas penat sambut perayaan ni, penat kali, hehehe...)


9. EL COLACHO (BABY-JUMPING FESTIVAL) – SPAIN


Semasa perayaan ini disambut, seorang lelaki dewasa yang berpakaian seperti Elvis Presley, akan melompat melingkahi bayi yang baru lahir dengan persetujuan ibu bapa bayi tersebut. Upacara ini dilakukan untuk menyucikan bayi ini daripada kuasa syaitan. Perayaan ini diadakan sejak tahun 1620 lagi.
(OMG! Kalau terpijak macam mana???)


10. HOLI (FESTIVAL OF COLOURS) – INDIA


Holi, juga dikenali sebagai festival warna, sangat popular di India, Guyana dan Nepal. Pada hari kedua perayaan ini, semua orang akan melemparkan serbuk berwarna dan air ke muka kawan2-kawan dan saudara.
(Bestnyaaaaaaaaa, boleh saya join ka???)


P/s: Nah, suka tak entry ni? Kalau suka click LIKE & SHARE ya, hehehe! Happy blogging semua!


27 September 2010

10 Fakta Tentang Wanita. Betul Atau Tidak? Sila Nilai Sendiri. Jawab Dengan Jujur Tau! :)




1. Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang disayanginya. Sebab itulah ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus ditengah jalan. (Not really, depends on situation...)


2. Sekiranya seseorang wanita itu jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang bersama lelaki lain. (Yupp, muahahaha!)

3. Wanita memang sukakan pujian tetapi mereka selalunya tidak tahu menghargai sesuatu pujian. (Oit? Betul ke?)

4. Bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke arah matanya, dia akan cair seperti coklat. (Hehehehe, opps!)

5. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (100% betul, tak suka bila si Mr. Teddybear serius, lol!)

6. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati. (Ermm, saya suka main gitar time sedih & tension...)

7. Jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dis memang tidak berminat dengan kamu. (100% betul for me, hehehe!)

8. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam, kerana dari hubungan persahabatan itu timbul satu kepercayaan. (Setuju setuju!)

9. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna. (Nak minta penampar ke? Atau penumbuk?)

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita, so jangan senyum sembarangan. (Ngeh3x, betul betul betul!)



P/s: You all pula macam mana? Jom share jawapan di ruang komen. Sharing is SEXY! :)
crabemoticon

Perayaan Pelik Yang Tidak Terdapat Di Negara Kita - MALAYSIA [Part 1]

Semua negara ada perayaan-perayaannya yang tersendiri. Macam dinegara kita, ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Pesta Menuai dan macam-macam lagi. Apa kata kita tambah sikit ilmu kita dengan mengetahui beberapa perayaan yang pelik tapi sangat unik yang disambut di negara luar. Jom layanzzz!


1. CHEESE ROLLING – COOPERS HILL, GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND


Setiap tahun, pengunjung dari dalam dan luar England akan berkumpul di Coopers Hill untuk menyertai festival ni. Pertandingan ini sebenarnya telah beratus-ratus tahun diamalkan dan dipercayai dilakukan untuk memberi kesuburan kepada tanah supaya tanaman lebih subur. Sebiji cheese akan dijatuhkan dari atas bukit, dan semua peserta akan berebut berlari ke bawah bukit untuk mendapatkannya. Pertandingan ini sangat bahaya kerana Copper Hill sangat curam. Ramai yang cedera semasa menyertai pertandingan ini. 
(Muahahaha, lucunya, tapi macam fun pula kan?)


2. THE BATTLE OF THE ORANGES – IVREA, ITALY


Dianjurkan pada bulan Februari setiap tahun, perayaan ini dirayakan untuk mengenang saat-saat kemerdekaan mereka daripada pemerintahan kejam pada zaman dahulu. Perayaan ini dirayakan selama beberapa hari. Dulu mereka menggunakan kacang tetapi pada kurun ke 19, golongan wanita mula melemparkan buah oren kepada lelaki yang mereka suka. Dan kalau lelaki itu juga menyukai mereka, dia akan membalas dengan melemparkan buah oren kepada wanita tersebut. Bagi mereka yang tidak berminat untuk mengikuti perayaan ini perlu memakai topi berwarna merah yang menunjukkan mereka tidak boleh dilempar dengan buah oren. 
(Psssst, kalau kena kepala, tak pengsan ka orang?)


3. ALIEN FESTIVAL – ROSWELL, NEW MEXICO



Perayaan ini dirayakan pada bulan Julai setiap tahun di Roswell, Mexico. Semasa perayaan ini, semua peserta akan memakai costume makhluk asing dan beberapa program untuk memberi kesedaran tentang wujudnya makhluk asing akan disebarkan kepada para pengunjung. 
(Lol! Kot2 ada REAL alien pula jalan2 time festival ni!)


4. LA TOMATINA – VALENCIA, SPAIN


Setiap tahun, beribu-ribu pengunjung akan berkumpul di Valencia, Spain untuk menyertai perayaan ni. Mereka akan melemparkan buah tomato sesama sendiri. Tiada penjelasan kenapa perayaan ini dirayakan. Peserta dinasihatkan memakai pakaian lama dan goggles untuk melindungi mata semasa menyertai perayaan pelik ini. 
(Uiiisshhhh, mandi tomato ni! Hrmmm, mesti halus kulit dorang ni, ehehe!)


5. MONKEY BUFFET FESTIVAL – BANGKOK, THAILAND



Perayaan ini diadakan setiap tahun di Bangkok Thailand. Jangan salah faham okay, perayaan ini tidak mempamerkan hidangan berasaskan daging monyet, tetapi perayaan ini diadakan untuk memuliakan monyet-monyet. Buffets yang terdiri daripada buah-buahan, sosej, sayur dan makanan-makanan lain diletakkan di tokong ini untuk dinikmati oleh si monyet. Si monyet mahu minum Coca-cola? Semuanya ada disediakan! 
(Wow, kenyanglah si monyet ni, tengok tu, sambil bawa Pringles lagi, ekekeke!)



P/s: Nah, suka tak entry ni? Kalau suka click LIKE & SHARE ya, hehehe! Nanti akan dilanjutkan ke Part 2.

25 September 2010

Candid Camera Contest. Jom Kita Join Ramai-ramai!


Holla, saya join contest lagi, ngeh3x, nak cuba nasib juga, manalah tahu nasib kebetulan baik boleh menang, hahaha! Contest ni saya dapat dari si Gen2Merah. Dia tag saya untuk join contest ni. Thanks fren! You're the best!

Untuk pengetahuan semua, contest ini dianjurkan oleh Aimaduddin. Kalau you all ada pertanyaan, boleh singgah ke sana untuk bertanya okay.


Syarat-syarat:
1. Follow blog Aimaduddin.
2. Buat satu entry and upload sekali gambar candid yang you all rasa paling menarik. 
(tak kisahlah gambar sapa pun)
3. Letak banner contest dalam entry dan pada side bar.
4. Tag 5 sahabat blogger dan pastikan mereka semua tahu yang mereka kena tag.
5. Lepas entry siap, tinggalkan url dalam ruang komen blog Aimaduddin.


Tarikh Tutup:
29 September 2010


Hadiah Pemenang:
Tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi "Piala Pin Bowling"


Nah, simple kan? Just follow steps tu, yang penting jangan lupa upload gambar candid you all. Huhuhu, so sad, saya tak banyak gambar candid ni, so saya pertaruhkan gambar candid yang sweeeettttt ni. Kalau boleh, you all pakailah gambar sendiri okay. 

Gambar kucing kesayangan saya yang hilang, kami sekeluarga masih menunggu kepulangannya. We misses you so much DODOT! Dia tengah tidur, saya curi2 ambil gambar, muahahaha! :'(


Now 5 orang sahabat untuk ditag:


Sapa2 yang berminat pun boleh join, sebab contest ni terbuka kepada semua bloggers!

Bah, happy2lah kamu jawab tag ni ah, hihihi. :)

Bapa Rogol Anak Dipenjara 14,400 Tahun!


Seorang lelaki Filipina dihukum penjara oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini semalam sehingga 14,400 tahun kerana merogol seorang anak perempuannya hampir setiap hari selama lebih setahun.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina berkata, tertuduh seorang pemandu beca didakwa memperkosa mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun semasa ibunya berada Hong Kong kerana bekerja sebagai pembantu rumah.
"Inilah kes penderaan seksual terhadap seorang mangsa bawah umur yang paling teruk dalam rekod perundangan kita," kata Guarina dalam penghakimannya.

Pada mulanya, lelaki itu dihukum mati dengan cara suntikan maut namun dia bernasib baik apabila Filipina memansuhkan hukuman tersebut.

Mahkamah diberitahu, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu mula merogol mangsa di rumahnya selepas isterinya itu berlepas ke Hong Kong pada Januari 2001 dan kejadian tersebut berterusan selama 386 hari.





P/s: Binatang punya manusia! Tak payah bagi mati awal, biarlah hidup lama untuk rasa menyesal. Biar dia terseksa dengan rasa menyesalnya.

Noah Sinclair - Putera Sulung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Comelnya kan? Inilah baby boy Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari. Dilahirkan pada 22 September (same birthday with my bestfriend, Darnih). Baby comel ini seberat 3.5 kilogram dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Noah Sinclair. 
Baby Noah tengah tido, comelnya!
Baby sulung pasangan romantik ini selamat dilahirkan sekitar pukul 1.15 tengahari (waktu Indonesia) di Brawijaya Women and Children Hospital, Jl. Brawijaya, Cipete, Jakarta Selatan, Indonesia. "Saya begitu berbangga kerana kini sudah menjadi seorang bapa. Rasa seperti tidak percaya apabila melihat bayi sendiri."

Ashraf mengaku dia sedikit cemas. "Saya begitu cemas sewaktu berada di dalam bilik pembedahan sehingga tidak berani memotong tali pusat anak kami. Sebaliknya, saya serahkan semua hal tersebut kepada doktor. "Tetapi sebaik semuanya selesai, keluar daripada bilik bedah, saya banyak menghabiskan masa berbual dengan bayi sementara Bunga berehat.

Tidak mempunyai perancangan khusus buat anaknya, sebaliknya Ashraf hanya mahu anak sulungnya itu mendapat pendidikan yang sempurna.

Asraf Sinclair sangat berbangga dengan wife kesayangannya, Bunga Citra Lestari. Nanti tambah lagi baby girl ya, hihihi.


P/s: Nampak Tweets Ashraf Sinclair diatas? Sweet kan? I love it when he said, he is so pround of Bunga Citra Lestari, awwww that is so sweet. Treasure her okay! :)

24 September 2010

Semua Media Player Laptop/PC Tak Boleh Buka Video Files? Cuba Langkah Ni.

Holla, ingat tak saya pernah cerita pasal game Warcraft III saya yang rosak disebabkan virus? Kalau tak ingat jom baca dulu "Aaaaahhhh! Virus Makan Warcraft III Saya! Aaaaaaaahhhh!". 

Nah sudah dia makan game kesayangan saya tu, dia serang lagi semua Media Player saya. Sampai satu video pun tak boleh dibuka. So, dari semalam sampai hari ni saya sibuk cari penyelesaiannya di internet. Tanya2 dengan Mr Google. Penat tau, sebab semua website yang saya cuba, satu pun caranya tidak berkesan. Benci benci benci! 

Bila buka video files pakai Gom Player, keluar mesej "Gom Player Cannot Reset Directshow". Bila buka guna Windows Media Player, keluar mesej "Class not registered". Lain2 player macam Winamp, Media Player Classic pun sama. Geramnya! 

So saya teruskan juga pencariannya, daripada saya hantar ke kedai, bagus saya try buat sendiri, ngeh3x, jimat kos mah! Hehehe. Saya pun tak pasti kenapa dia jadi macam ni, sebab semua website ada sebab2 dia sendiri, ada yang cakap bukan virus, ada yang cakap registry quartz.dll files broken, bla bla bla. Macam2lah.  

Saya ada cuba download quartz.dll files yg baru, untuk ganti dengan .dll files saya yang rosak, but still tak boleh, dah delete, cut, copy, sama juga. Dia akan balik ke quartz.dll files saya yg broken tu. Hrmmm. Download registry free scan, pun sama, tiada guna, menyemak jak.

Cari punya cari, akhirnya saya jumpa website ni, Codecs.com. So saya try ikut cara dia, cara dia paling simple, sampai saya tak yakin, but saya still cuba (nasib baik cuba), akhirnya lepas siap, hurray, everything is back to normal again! Thank God.

So if you all ada masalah sama, try this simple steps.

1. Click START > RUN.
2. Pada kotak RUN, taip "regsvr32 quartz.dll" macam dekat gambar dibawah ni. Click ENTER.

Run dialog box

Bila dah siap tekan ENTER, akan ada kotak keluar macam dibawah ni.

The file was succesfully installed

Siap! Trylah pakai Media Player you all untuk open Video files, saya jamin confirm okay punya! Hehehe!

Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM110! Jom Join Contest Ni!



Hai hai, tadi bila singgah blog LyNn'Azlina nampak pula contest yang dianjurkan oleh Farah ni. So apa salahnya cuba nasib kan? Manalah tau boleh menang? 

Cik Farah juga ada blog baru, jom singgah ke blog Lirik Lagu, banyak lirik2 lagu untuk dipilih disini.


Syarat-syarat Penyertaan

1. Jadi follower di blog Lirik Lagu.

2. Subscribe Feedburner di blog Lirik Lagu.

3. Tulis post tentang contest ini di blog anda dengan syarat di numbor 4.

4. Link ke blog lirik lagu dalam format seperti ini Lirik Lagu dan link ke post ini.

5. Sertakan sekali email anda dalam entri untuk pengesahan dari pihak kami.


(Korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang nak dengan syarat blog berbeza dan umur blog melebihi 5 bulan. Makin banyak penyertaan, makin tinggi peluang nak menang.)


Hadiah Untuk Pemenang
Pemenang Pertama – Wang Tunai RM50 atau top up RM50 (maxis, celcom, digi)


Pemenang Kedua – Wang Tunai RM30 atau top up RM30 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Ketiga – Wang Tunai RM20 atau top up RM20 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Keempat – Wang Tunai RM10 atau top up RM10 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Kelima – Wang Tunai RM5 atau top up RM5 (maxis, celcom, digi)


Tarikh Tutup
3 November 2010


P/s: Semua dah siap, tinggal sertakan email, so my email is - jhoann_dreams@hotmail.com
crabemoticon

Tengah Mencari Kerja Lain. Ada Kerja Kosong Tak?


Pagi tadi, tengah saya syiok2 bersarapan, bini boss call, marah2 lagi. Penat. Saya bingung kenapa dia marah saya, sedangkan dia sepatutnya direct call orang yang dia marah tu. Kenapa mesti mahu melalui saya? Fine, saya kasitau juga orang tu, ikut apa yang dia suruh. Then lepas tu, dia call balik, marah saya lagi, marah saya kenapa saya kasitau itu orang. Saya terus, WHAT THE HELL???? Bingung, dia suruh saya buat, saya buat. Sudah saya buat, kena marah lagi. Sigh.

Then Fiona datang, happynya saya, at least saya tak banyak fikiran. Then dia ada bagi nasihat sama saya, supaya berhati2, apa yang bini boss suruh, terus record dalam satu buku, at least sendiri ada proof, sebab dorang memang macam tu. Sebenarnya dorang sengaja kasi susah saya. Saya pun tak tahu kenapa, dia benci saya ka? Kalau benci kenapa tak buang jak saya ni?

Sedih bila dengar cakap Fiona, sebab bini boss ada mengadu sama dia pasal saya, dia tuduh saya buat itu, buat ini. Nasib baik Fiona tidak percaya. Dia cerita hal sebenar sama saya, dan minta kepastian dari saya. Saya nangis. Kenapa dorang tuduh saya buat something yang saya tidak ada buat? Mentang2 saya miskin, so semua yang tak kena semua kasi salah sama saya? So unfair!

Saya memang mahu resign, but Fiona larang saya resign selagi saya tak dapat keja baru. Dia risau. Dia tidak mahu saya terburu-buru. Sebab dia tahu keadaan keluarga saya, saya bukan orang senang, sebagai anak sulung, memang saya perlu pikul tanggungjawab untuk sara family. 

Dulu masa papa masih dapat kerja, hidup kami senang, apa yang kami mahu semua dapat. Then, kami sudah hidup susah, selepas papa tak boleh keja sebab kaki dia kena potong (Diabetis). Tapi saya tak takut, kami belajar biasakan diri, hidup berjimat cermat.  Nasib baik ada dua lagi adik lelaki yang membantu untuk menyara keluarga. Biarlah kami miskin, yang penting kami bahagia. Bukan kami minta beras orang, semua kami usaha sendiri.

Bila saya taip entry ni, airmata saya pun ikut mengalir, kecewa bila kita sudah buat apa yang disuruh, kita dituduh pula buat itu ini. Saya harap Tuhan buka pintu hati orang2 kaya yang angkuh dan sombong ni, supaya selidik dulu, before making judgement. Nasib baik Fiona bagitau, dan dia janji akan tolong saya settlekan masalah saya. Dia ada bagi saya senarai company yang cari pekerja, dia suruh saya cuba nasib disana. Malu juga nangis depan Fiona, tapi saya tiada sapa2 yang saya boleh bawa bincang pasal hal ni. Blog sajalah tempat saya mengadu. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban yang saya tanggung.

Sorry ya semua, saya sibuk cerita pasal tempat kerja saya, saya harap you all tak bosan, saya sayang kamu semua. :)



With love,
Azura Ani Salaim


BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

image


Hai semua, hari ni bila masuk blog Ben Ashaari baca entry, terjumpa pula entry ni. Kepada bloggers baru, macam saya, hehehe, yang masih perlu banyak belajar, jom kita join list ni, syaratnya mudah saja.

Syarat-syarat:
1. Buat satu entry and letak banner yang dekat atas tu dalam entry kita.
2. Letakkan tajuk entry BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER.
3. Lepas siap buat entry, pilih kategori pilihan kamu (botol susu, sudu dan garpu, tulis diari, dapur tanpa sempadan).
4. Letak url entry di ruang komen entry BLOG LIST DIBUKA.. LIMITED EDITION..

Tarikh tutup: Hari ni, 24.09.2010 sebelum 12 tengah malam.

Nah, senang kan? Jomlah join. :)




Such A Simple Life Banner Codes

Jom exchange banner! Boleh pilih saiz 125x125 ataupun 150x150. 

Kalau nak advertise di blog yang masih banyak perlu belajar ni pun boleh. Ada pakej untuk banner size 125x125 (RM10 per month). 

Kalau nak advertise, just email me at jhoann_dreams@hotmail.com. Jangan lupa bagi details (banner codes dan url blog) sekali okay! Happy blogging!




125x125









150x150





23 September 2010

Aaaaahhhh! Virus Makan Warcraft III Saya! Aaaaaaaahhhh!


Uwaaaaaaaaah, sob sob, kenapa virus serang game Warcraft III saya??? Sudah jauh tu saya main, isk isk isk! Dari Reign of Chaos sampailah The Frozen Throne, tinggal sikit lagi mau game bah! Uwaaaaaaaaaahhh!! Sob sob, terpaksa download balik, mudah2an boleh pakai software ni, kalau okay tak payah minta dengan kawan, sob sob. 

Siapa2 yang main game ni ada pakai cheat code ka? Ehehehehe, saya pula, kalau geram sudah, nah mulalah gatal tangan taip cheat code, wakakaka! Oppssss, kedapatan! Sapa mau cheat codenya? Nah, saya listkan dibawah ni. Tapi kalau pakai cheat code memang tak ada cabaranlah, sebab tak pandai mati, bosan juga main kalau macam tu.

Cheat Codes:-

1. TenthLevelTaurenChieftain - Plays a special song (WarCraft III: The Frozen Throne ONLY)
2. WarpTen - Speeds construction of buildings and units
3. IocainePowder - Fast Death/Decay
4. WhosYourDaddy - God mode
5. KeyserSoze [amount] - Gives you X Gold
6. LeafitToMe [amount] - Gives you X Lumber
7. GreedIsGood [amount] - Gives you X Gold and Lumber
8. PointBreak - Removes food limit
9. ThereIsNoSpoon - Unlimited Mana
10. StrengthAndHonor - No defeat
11. Motherland [race] [level] - level jump
12. SomebodySetUpUsTheBomb - Instant defeat
13. AllYourBaseAreBelongToUs - Instant victory
14. WhoIsJohnGalt - Enable research
15. SharpAndShiny - Research upgrades
16. IseeDeadPeople - Remove fog of war
17. Synergy - Disable tech tree requirements
18. RiseAndShine - Set time of day to dawn
19. LightsOut - Set time of day to dusk
20. DayLightSavings [time] - If a time is specified, time of day is set to that, otherwise time of day is alternately halted/resumed

(Tak payah susah2 taip huruf besar, taip jak huruf kecil untuk semua cheat code okay)


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More