30 August 2010

Pekerja Wanita Maut Kerana Bom Buatan Sendiri


ANGGOTA polis memeriksa kesan letupan bom buatan sendiri di Tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak,  di Kuala Lumpur,  pagi semalam.

Seorang wanita pekerja kafe siber maut, manakala rakan sekerjanya cedera parah apabila bom buatan sendiri yang dimasukkan dalam sebuah kotak dan diletakkan di hadapan rumah majikan mereka di Tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak meletup.

Kedua-dua mangsa, Ng Siew Hong, 51, dan seorang pekerja lelaki, Kong Yong Sheng, 38, melecur hampir 90 peratus badan dan muka serta dilaporkan kritikal. Bagaimanapun, Ng disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira 5.45 petang semalam. Kong sudah dipindah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

Menurut polis, siasatan awal mendapati bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam sebuah kotak kecil bersama beberapa mercun bola yang dilumur minyak tanah dan meletup sebaik mangsa mengangkat dua biji limau barli yang diletakkan di atas kotak berkenaan. 

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat. “Kita kini mendapatkan bantuan Unit Forensik Polis, Unit Pemusnah Bom Polis Kuala Lumpur dan Unit Forensik Jabatan Bomba bagi mengenalpasti bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom itu. “Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di apartmen ini bagi mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab meletakkan kotak mengandungi bahan letupan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Azura: Kejam juga orang tu, kalau marah pun jangan sampai buat perkara macam tu, kan membunuh sudah, gila punya orang. Harap2 cepat ditangkap!

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More