21 August 2010

Saksikan Britney Spears Dalam Drama Glee!



Penyanyi terkenal, Britney Spears menyiarkan gambar dia berada di studio drama siri muzikal popular Glee di laman Twitter. Spears akan membintangi salah satu episod drama itu dengan judul Britney/Brittany. Drama itu bakal disiarkan di stesen televisyen Fox di Amerika Syarikat (AS) pada 28 September depan.

Spears, 28, menjadi artis kedua selepas Madonna yang pernah diberi watak pada musim pertama siri itu. Satu gambar di Twitter menunjukkan Spears bergambar bersama aktres dan penari, Heather Morris, 23, yang memegang watak Brittany.

Sebanyak enam lagu Spears iaitu Stronger, Oops! I Did It Again, Baby One More Time, Toxic dan Me Against The Music diperdengarkan dalam drama tersebut.

"Kepada semua peminat saya yang juga suka menonton siri Glee, jangan lupa menyaksikan saya beraksi dalam episod tersebut," kata Spears di laman Twitter.

Azura: All the best t Britney!

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More