19 August 2010

Roslin Hashim Naik Mahkamah Lagi



Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu. 

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang. “Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.

Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam. “Saya berada di luar hotel tersebut, bukan di dalam bilik seperti yang didakwa.


Azura: Oit!! Cerita panas ni, ish ish ish, tak tahulah, suka dorang lah, yang penting dorang bahagia, tak berani nak cakap lebih, hanya dorang yang tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku, so kita tak boleh cakap bukan2, kang kena saman, opps, jangan saman saya, saya tiada duit mau bayar, saya orang susah, ish ish ish...

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More