13 August 2010

Petua Tradisional. Berkesan Ke?

Petua-petua Tradisional. Cubalah.


Untuk Kulit Cantik:
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan.

Mengatasi Senggugut:
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid. Boleh dimasukkan ke dalam kapsul kosong untuk memudahkan kamu menelannya. Selepas makan, dijamin tidak akan senggugut untuk tempoh 3 bulan.

Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Menghilangkan Parut Pada Kulit:
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengatasi Rambut Gugur:
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Meluruskan Rambut Kerinting:
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Merawat Tumit Pecah:
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Menghilangkan Sakit Kepala:
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Menghilangkan Bau Mulut:
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Ketumbit Mata:
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Melangsingkan Tubuh:
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Merawat Panau:
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

Menyegarkan Mata:
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.



Azura: Saya sendiri belum pernah cuba, kekeke, nanti ada masa mau dicuba ni. Mana tahu berkesan kan? Malam nanti mahu try minum kicai suam, petua dari Sis Fiona, untuk rawat senggugut ku ni, kekeke! Thanks Sis Fiona!
lionkingemoticon

2 Sweet Roses!:

boleh dicuba jua petua ini tau..
sa senggugut ble tahan jua sampai ngeras jak tia dapat kerja huhu
:-) bersiaran secara langsung dari kampungku

@Mama JnJ~Sis, macam mana ko sana? Ada okay2 sikit ka? Rehat ah. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More